Pengumuman istimewa: Tunggu kenyataan Perdana Menteri – Fahmi

“KITA rujuk kepada Perdana Menteri… Insya-Allah, dalam masa terdekat,” kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengenai pengumuman istimewa kepada rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Anwar menyatakan bahawa pengumuman yang dinanti-nantikan itu dijangka dibuat pada Isnin (hari ini) atau Selasa (esok).

Beliau menyifatkan langkah tersebut sebagai satu bentuk penghargaan luar biasa khususnya berkaitan usaha meringankan kos sara hidup rakyat.

Namun, Perdana Menteri memaklumkan bahawa pengumuman itu mungkin akan dibuat pada hari Selasa atau Rabu memandangkan beliau memerlukan sedikit masa lagi untuk meneliti perincian pelaksanaan.

Kementerian Kewangan kini sedang meneliti langkah-langkah berkaitan supaya pelaksanaannya lebih menyeluruh dan berimpak.

Sementara itu, Fahmi turut menyentuh mengenai pemukiman MADANI yang berlangsung di Port Dickson semalam, beliau berkata, program tersebut telah memberikan pelbagai maklum balas berguna kepada ahli-ahli Parlimen berhubung persediaan menjelang sidang Parlimen yang bermula hari ini.

“Pemukiman ini sangat berjaya, bukan sahaja memperkukuh semangat muhibah dan persaudaraan dalam kalangan ahli Parlimen yang hadir dari pelbagai latar belakang, negeri dan parti politik, malah ia turut menjadi ruang untuk membincangkan beberapa isu penting,” ujar beliau.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk persediaan berkaitan pembentangan beberapa rang undang-undang serta pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dijadualkan pada Khamis hadapan.

Fahmi berkata, Perdana Menteri turut menyuarakan hasrat agar program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi membolehkan ahli-ahli Parlimen berinteraksi secara langsung dengan pihak pentadbiran dan memperkukuh kerjasama antara legislatif dan eksekutif.

Related Posts

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

KUALA LUMPUR – Penangguhan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan memberi peluang kepada Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan syor yang dicadangkan serta ruang dan masa untuk memulihkan organisasi itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit