Nampak ‘biasa’ namun jerebu boleh bawa maut

PUTRAJAYA – Tanggapan bahawa jerebu sebagai fenomena ‘biasa’ yang tidak membahayakan kesihatan perlu dihentikan segera kerana partikel halus yang terkandung dalam udara tercemar boleh memberi kesan kesihatan jangka panjang, terutama kepada kumpulan berisiko tinggi.

Pakar perubatan kesihatan awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, partikel halus bersaiz 2.5 micron (PM2.5) yang terkandung dalam jerebu berupaya menembusi jauh ke dalam paru-paru dan memasuki aliran darah manusia sehingga menyebabkan kerosakan jangka panjang.

Menurutnya, golongan paling berisiko adalah kanak-kanak, warga tua, pesakit asma, penyakit paru-paru kronik (COPD), jantung, diabetes, perokok, selain bekas pesakit COVID-19 dan penghidap Long COVID turut berisiko tinggi berikutan fungsi paru-paru berkemungkinan masih belum pulih sepenuhnya.

“Jerebu boleh membawa maut namun sangat kecil. Pendedahan berterusan boleh mencetus serangan asma, strok, atau serangan jantung terutama bagi yang sudah ada penyakit sedia ada.

“Data tahun-tahun yang lepas menunjukkan peningkatan kes respiratori iaitu asma, jangkitan paru-paru di samping jantung semasa musim jerebu,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Justeru, Dr Zainal berkata, ketika berdepan kualiti udara yang teruk, rakyat Malaysia hendaklah mengambil langkah pencegahan seperti mengelak daripada melakukan aktiviti luar, khususnya jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan tidak sihat melebihi paras 100.

Pada masa sama, beliau berpandangan, keperluan untuk menggunakan penulen udara berkualiti tinggi dengan penuras High Efficiency Particulate Air (HEPA), selain minum banyak air dan mengambil buah-buahan.

“Tutup tingkap, rumah atau kenderaan jika jerebu teruk serta mandi selepas keluar untuk basuh partikel (halus) pada kulit atau rambut.  Gunakan pelitup muka N95 apabila berada di luar rumah untuk halang partikel halus berbanding pelitup biasa namun elak pakai terlalu lama.

“Dalam menjaga ventilasi di dalam rumah, gunakan air purifier di bilik utama manakala kipas ekzos di dapur dan tandas serta kerap lap permukaan bagi mengelak debu jerebu mendap pada perabot.

“Pada masa sama, segera dapatkan rawatan jika ada masalah kesihatan akibat jerabu dan lakukan rujukan menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) harian dan input setempat menerusi laman web www.apims.doe.gov.my,” katanya.

Terdahulu, lapan lokasi di seluruh negara mencatat bacaan IPU tidak sihat setakat jam 8.20 pagi tadi.

Semakan menerusi laman sesawang APIMS, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati kawasan Alor Gajah, Melaka mencatat bacaan IPU tertinggi dengan 159, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (158) manakala Mentakab, Pahang (156) dan Banting, Selangor (155).

Kawasan Cheras dan Johan Setia, Selangor pula masing-masing mencatatkan bacaan IPU 152, Putrajaya (123) dan Bukit Rambai, Melaka (103).

APIMS turut merekodkan tiga kawasan mencatatkan kualiti udara pada tahap baik manakala 56 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana.

Untuk rekod, IPU setakat jam 3 petang pada Ahad, menunjukkan lima kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, enam kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap baik dan 57 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana.

Related Posts

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Negara Islam perlu bersatu tangani konflik Asia Barat – Anwar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara Islam perlu memperkukuh perpaduan dan memainkan peranan lebih aktif dalam usaha menghentikan konflik serta keganasan berpanjangan di Asia Barat. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya