Kejohanan Piala Futsal Ketua AMK Sabah cerminan semangat kesukanan, perpaduan belia Sabah

KOTA MARUDU – Penganjuran Piala Futsal Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah 2025 mencerminkan semangat kesukanan dan perpaduan belia dari seluruh pelosok negeri khususnya di Kota Marudu.

Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil berkata, kejohanan itu diadakan bagi memupuk semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan dalam kalangan anak muda.

“Kejohanan ini juga bagi mengukuhkan silaturrahim antara komuniti belia dari pelbagai daerah dan latar belakang.

“Menjadi platform membina kepimpinan dan bakat anak muda, selaras dengan matlamat AMK untuk melahirkan generasi pelapis berdaya saing,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Kejohanan itu disertai 40 pasukan terdiri daripada 23 pasukan lelaki dan 17 pasukan wanita iaitu satu penyertaan yang amat memberangsangkan sekali gus mencerminkan minat tinggi anak muda terhadap sukan dan gaya hidup sihat.

Zaidi yang juga Ketua Cabang PKR Kota Marudu turut menyatakan komitmennya untuk terus menerajui program pembangunan belia yang inklusif, progresif dan berimpak tinggi.

Katanya, sukan adalah jambatan perpaduan yang mampu menyatukan pelbagai kaum, agama dan budaya khususnya di Sabah.

Justeru, beliau berkata, AMK Sabah akan terus berdiri bersama anak muda dalam memimpin perubahan dan membina masa depan.

Sebagai rekod, johan bagi kategori lelaki disandang oleh kumpulan Ar Gang dengan membawa pulang wang tunai RM1,500, piala dan pingat manakala kumpulan Syndicates Berlyan’z pula memenagi tempat kedua membawa balik wang tunai RM1,000 serta pingat dan ketiga ialah kumpulan Kejora X dengan hadiah wang tunai RM800 serta pingat.

Bagi kategori wanita pula, johan ialah kumpulan Bonito membawa pulang wang tunai RM1,000, piala serta pingat manakala naib johan dimenangi Ziemal FT dengan hadiah wang tunai RM800 dan pingat sementara tempat ketiga ialah kumpulan Lipan Lady membawa pulang RM500 dan pingat.

Related Posts

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

GIANNI Infantino berpotensi menikmati pendapatan luar biasa setanding bintang sukan dunia seperti Erling Haaland dan Lewis Hamilton jika rancangan kontroversinya menjual sebahagian kepentingan Piala Dunia menjadi kenyataan. Presiden FIFA berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harimau Malaya tumbang di Stadium Rajamangala

IMPIAN Harimau Malaya meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala ASEAN 2026 lebur selepas tewas 0-2 kepada Thailand dalam aksi Kumpulan B di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam tadi. Skuad negara yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang