Jambatan Batang Saribas 1 berpotensi pacu transformasi luar bandar

PUSA –  Penantian selama bertahun-tahun berakhir apabila Jambatan Batang Saribas 1 dirasmikan hari ini oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekali gus membuka lembaran baharu dalam jaringan jalan pesisir negeri dan mencetuskan potensi besar dalam pembangunan ekonomi luar bandar.

Jambatan sepanjang 1.55 kilometer yang dibina dengan kos RM375.5 juta ini menghubungkan kawasan pesisir seperti Beladin dan Pusa, memendekkan masa perjalanan yang dahulunya mengambil sehingga 30 minit menggunakan feri kepada hanya beberapa minit.

“Jambatan ini menjadi penghubung utama kepada keseluruhan projek jalan pesisir Sarawak.

“Ia bukan sahaja membuka akses kepada rumah panjang dan kampung-kampung, malah memperluas peluang ekonomi, termasuk pertanian moden,” kata beliau dalam majlis perasmian yang turut menyaksikan pelancaran Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) pada Sabtu.

Projek mega ini turut merangkumi penaiktarafan jalan sedia ada sejauh 0.887 kilometer di Beladin dan 1.62 kilometer di Pusa, selain pembinaan jalan baharu masing-masing sepanjang 1.851 kilometer di Beladin dan 0.792 kilometer di Pusa. 

Secara keseluruhan, projek ini melibatkan pembangunan laluan sepanjang 6.7 kilometer.

Abang Johari turut menegaskan pembinaan infrastruktur ini selaras dengan dasar pendidikan negeri, yang menekankan keperluan untuk melengkapkan generasi muda dengan ilmu dan kemahiran bagi memanfaatkan pembangunan yang sedang pesat berlaku.

“Kita tidak mahu hanya membina jalan. Kita mahu menyediakan anak-anak kita dengan ilmu dan kemahiran supaya pembangunan ini memberi impak sebenar kepada masyarakat,” katanya lagi.

Beliau turut memaklumkan Jambatan Lingga akan dirasmikan dalam masa terdekat, manakala Jambatan Batang Lupar dijangka siap pada akhir 2026 atau awal 2027, kesemuanya sebahagian daripada usaha menyeluruh menjadikan Sarawak negeri maju menjelang 2030.

Dengan anggaran lebih 20,000 penduduk dijangka mendapat manfaat langsung, Jambatan Batang Saribas 1 dilihat sebagai pelaburan strategik yang bakal memacu pertumbuhan ekonomi dan memperkukuh jaringan pengangkutan di kawasan luar bandar Sarawak.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

SARIKEI – Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan kehadiran seramai 115,150 pengunjung, sekali gus menjadi jumlah tertinggi sepanjang penganjuran program berkenaan di Sarawak tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

LIMBANG – Profesion kejururawatan diiktiraf sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran sistem penjagaan kesihatan negara, selain bertindak sebagai penghubung penting antara pesakit dengan pasukan perubatan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan