Wan Ahmad Farid rasmi dilantik Ketua Hakim Negara

PUTRAJAYA – Persoalan mengenai siapa bakal dilantik sebagai Ketua Hakim Negara serta jawatan kehakiman utama akhirnya terjawab tengah malam tadi.

Menerusi satu kenyataan media, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan memaklumkan bahawa, dengan merujuk kepada Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja – memperkenankan pelantikan hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

Jawatan Presiden Mahkamah Rayuan akan diisi Datuk Abu Bakar Jais, manakala Datuk Azizah Nawawi akan menggalas tugas sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.

“Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan diadakan pada 28 Julai 2025 di Istana Negara,” kata kenyataan itu.

Dengan pengumuman dan penjelasan itu, khabar angin terdahulu mengenai pemilihan Wan Ahmad Farid terjawab.

Sebagai rekod, Wan Ahmad Farid yang berasal dari Terengganu itu, mula menyertai bidang kehakiman sebagai Pesuruhjaya pada 2015.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat pada Ogos 2019 sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.

Sejak November tahun lalu, Wan Ahmad Farid dilantik sebagai seorang hakim kanan di Mahkamah Rayuan.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan