Pelantikan Wan Ahmad Farid suburkan reformasi institusi kehakiman

KUALA TERENGGANU – Intelek Terengganu menjunjung kasih atas kebijaksanaan dan limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Majlis Raja-Raja melantik Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

Pemilihan Wan Ahmad Farid itu juga membuktikan bahawa proses reformasi institusi kehakiman yang semakin subur, seperti dihasratkan Kerajaan MADANI.

Setiausaha Intelek Terengganu, Ahmad Nadhir Yob berkata, pemilihan Wan Ahmad Farid yang berasal dari Kuala Terengganu itu juga menunjukkan keyakinan terhadap kebolehan anak Terengganu mengetuai institusi kehakiman negara.

“Pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid adalah satu pengiktirafan kepada kebolehan dan kebijaksanaan anak Terengganu untuk mengemudi institusi kehakiman negara.

“Kita berharap reformasi institusi kehakiman dapat terus disuburkan justeru mengangkat institusi kehakiman negara ke persada dunia sebagai institusi kehakiman yang disegani,” katanya menerusi satu kenyataan.

Untuk rekod, kali terakhir anak Terengganu memegang jawatan Ketua Hakim Negara dan hakim kanan adalah ketika pelantikan Tun Saleh Abas – anak kelahiran Besut – pada tahun 1984 dan Tan Sri Wan Adnan Wan Ismail yang berasal dari Chukai, dekat Kemaman sebagai Hakim Besar Malaya (1998) dan Presiden Mahkamah Rayuan pada tahun 2001.

Related Posts

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

KUALA LUMPUR – Dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Kerajaan Perpaduan telah disepakati namun ditukar Kerajaan MADANI tanpa pengetahuan parti itu membuktikan UMNO sedang melakukan repositioning politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan