Program Silaturrahmi perkasa ilmu digital warga emas

KUCHING – Surau Cahaya Islam, RPR Batu 12 menjadi saksi kehangatan semangat pembelajaran dalam kalangan warga emas apabila lebih 20 orang peserta menyertai Program Jalinan Silaturrahmi anjuran Kelab DiWarMas Akrab dan Kumpulan Nur Al-Quran dengan kerjasama Skuad Emas pada Rabu.

Program yang berlangsung mulai jam 2 petang itu memberi tumpuan kepada keselamatan digital dan pengenalan kecerdasan buatan (AI) seperti penggunaan aplikasi ChatGPT secara asas yang rata-rata peserta gambarkan sebagai pengalaman berharga dan membuka minda.

“Secara sepintas lalu cukup senang difahami. Sangat membantu dari segi ilmu dan sebagainya,” kata peserta, Affendi Sahat.

Menurutnya, program sebegini wajar diperluaskan ke kawasan luar bandar bagi memastikan lebih ramai warga emas mendapat pendedahan tentang teknologi semasa.

Sementara itu, Khatijah Abdullah amat teruja menyertai bengkel berkenaan kerana sebelum ini dia hanya mendengar tentang AI di media sosial tetapi tidak memahami fungsinya.

“Baik buat warga emas macam kami untuk tambah ilmu digital. Harap ada lagi program seperti ini,” ujarnya sambil tersenyum.

Pandangan sama turut dikongsi oleh Pengerusi Surau Cahaya Islam RPR Batu 12, Mohd Redhzuan Rogers Abdullah yang menyifatkan program ini sangat relevan.

“Satu program yang amat berguna. Ia memberi pendedahan asas kepada celik IT dan sangat sesuai untuk warga emas,” katanya yang mencadangkan agar program seumpama ini diteruskan secara berkala.

Peserta wanita Aslinda Ahmad pula mahu agar tempoh kelas dilanjutkan supaya sesi pembelajaran lebih santai dan tidak tergesa-gesa.

“Amat berguna. Kalau boleh, tambah masa dan buat kelas secara bersiri,” katanya.

Dalam pada itu, program turut diselitkan dengan sesi beramah mesra dan perkongsian keselamatan digital oleh Skuad Emas, bagi memberi kesedaran kepada warga emas mengenai penipuan dalam talian serta cara melindungi maklumat peribadi.

Program Jalinan Silaturrahmi ini bukan sekadar medan mempererat ukhuwah, malah menjadi jambatan pengetahuan digital antara generasi, sejajar dengan hasrat kerajaan memperkasa celik teknologi pada semua peringkat umur.

Related Posts

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

KOTA KINABALU – Sabah secara rasmi menyertai Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bagi memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih bersepadu, sistematik dan telus di peringkat nasional. KKR dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor pembinaan negara menerusi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 yang menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu gol cukup nobat Sepanyol juara Piala Dunia

Satu gol cukup nobat Sepanyol juara Piala Dunia

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026