Program Hasrat MADANI kukuh hubungan kerajaan, rakyat dan selami jiwa generasi muda

KOTA KINABALU – Program Hasrat MADANI anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diyakini mampu memperkukuh hubungan kerajaan dan rakyat sekali gus menyelami hasrat dan aspirasi generasi muda.

Pengarahnya, Milus Alu@Abd Wahab berkata, menerusi Hasrat MADANI juga, maklumat berkenaan dasar kerajaan berteraskan Malaysia MADANI dapat disampaikan secara terus, jelas, tepat dan mudah difahami.

“Pendekatan secara langsung seperti ini yang melibatkan interaksi bersemuka dan dialog terbuka adalah asas kepada pembinaan kepercayaan serta pemahaman yang lebih mendalam terhadap dasar-dasar kerajaan.

“Objektif program ini juga jelas iaitu meningkatkan kefahaman terhadap konsep Malaysia MADANI serta bagaimana prinsip-prinsip tersebut diaplikasikan dalam dasar dan pembangunan negara,” katanya berucap merasmikan Majlis Penutupan Hasrat MADANI, di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) di Plaza Tanjung Aru, pada Rabu.

Jelas Milus, Hasrat MADANI kali ini merupakan program kedua selepas Kota Belud yang berperanan menyebar luas dasar kerajaan termasuk menyediakan ruang kepada rakyat terutama golongan muda agar menjadi ejen perubahan dan pemimpin digital yang berwawasan.

“Kali ini kita mengadakan pertandingan e-Sport yang melibatkan belia di sekitar Tanjung Aru dan saya gembira penglibatan belia amat memberangsangkan.

“30 orang peserta yang terdiri daripada lelaki dan wanita bergabung untuk membentuk empat kumpulan dan hanya dua kumpulan yang akan mara ke peringkat akhir.

“Pemenang bagi pertandingan ini membawa pulang wang tunai dan juga sijil penyertaan,” katanya.

Milus turut menyeru agar rakyat terus menyokong penganjuran program seperti ini sebagai platform memperkasa belia serta menjadikan teknologi sebagai jambatan membina komuniti yang bersatu dan progresif.

“Bersama-sama kita jadikan Malaysia MADANI sebagai satu realiti hidup, bukan sekadar dasar malah menjadikan nilai-nilainya sebagai amalan, bukan hanya dalam pentadbiran tetapi dalam setiap sudut kehidupan masyarakat kita,” ulasnya.

Related Posts

AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

PENAMPANG – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Penampang menggesa Ketua UMNO Sepang, Datuk Noorazli Said menarik balik kenyataannya yang didakwa menjadikan paderi dan biarawati Katolik sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

IPOH – Seorang lelaki berusia 53 tahun maut selepas lori dipandunya dihempap batu bersaiz besar yang dipercayai menggelongsor dari lereng bukit dalam kejadian runtuhan batu di sebuah kawasan kuari di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

  • By Ithma
  • September 15, 2026
AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat

Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat

Hospital baharu Lawas perkukuh akses rawatan penduduk utara Sarawak

Hospital baharu Lawas perkukuh akses rawatan penduduk utara Sarawak

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar