Pelantikan Ketua Hakim Negara dan isu vape dibincang dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja

MESYUARAT Majlis Raja-Raja Ke-269 yang berlangsung di Istana Negara hari ini membincangkan beberapa perkara penting melibatkan keselamatan negara, pelantikan jawatan kehakiman tertinggi, serta cadangan pengharaman penjualan dan penggunaan rokok elektronik (vape) di Malaysia.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataannya memaklumkan bahawa mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Pada hari ini, majlis telah disembahkan taklimat terkini mengenai keselamatan negara oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan mengenai pertahanan negara oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar,” katanya dalam kenyataan.

Dalam mesyuarat tersebut, perbincangan turut tertumpu kepada pelantikan beberapa jawatan penting dalam institusi kehakiman.

Antara pelantikan yang dibincangkan termasuk Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, serta pelantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Negara.

“Majlis juga mengambil maklum cadangan untuk mengharamkan sepenuhnya penjualan dan penggunaan vape atau rokok elektronik di Malaysia.

“Turut dibentangkan adalah Pandangan Hukum Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-126 dan 127, serta Resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI Tahun 2025,” katanya

Di samping itu, Majlis Raja-Raja juga dimaklumkan tentang keperluan pendaftaran perkahwinan melibatkan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia.

Turut dibentangkan ialah kertas keputusan Jemaah Menteri berkenaan cadangan dasar pengurusan harta yang disita dan dilucut hak secara berpusat.

Antara yang berangkat menghadiri mesyuarat berkenaan ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah; serta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Turut berangkat ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim; dan Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Mesyuarat itu turut disertai oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam; Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.

Related Posts

JKOM: Kerajaan bertindak pantas, dana KWAP tidak terjejas dalam isu eFishery

PUTRAJAYA – Kerajaan bertindak pantas dan telus dalam menangani isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur Indonesia, eFishery, sekali gus memastikan kepentingan pencarum dan pesara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Panel profesional tentukan pelaburan KWAP, bebas campur tangan kerajaan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah campur tangan dalam sebarang urusan atau keputusan pelaburan yang dibuat oleh agensi pelaburan kerajaan, termasuk Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), tegas Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos