Majlis Benih Negara di peringkat akhir penelitian, pastikan industri benih tidak dimonopoli

PASIR SALAK – Penubuhan Majlis Benih Negara, sebuah badan penyelaras baharu yang bakal menjadi institusi penting dalam mengawal selia industri benih negara, kini berada di peringkat akhir penelitian sebelum dilancarkan secara rasmi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penubuhan majlis tersebut bertujuan memastikan industri benih negara tidak dimonopoli oleh mana-mana syarikat atau kuasa asing.

Menurut beliau, ia juga penting bagi menjamin kawalan sistematik terhadap penghasilan, penyimpanan dan penyelidikan benih dalam negara.

“Kerajaan memandang serius isu benih negara bagi mengelakkan sebarang bentuk monopoli oleh mana-mana pihak luar.

“Majlis Benih Negara ini akan diwujudkan sebagai satu lembaga khas untuk mengawal selia semua jenis benih sama ada berkaitan tumbuhan mahupun ternakan di Malaysia.

“Ketika ini, ia berada di peringkat akhir penelitian sebelum dilancarkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengisytiharan Varieti Padi Clearfield baharu, MR CL3 dan MR CL4 di Pusat Benih Padi Felcra Berhad, Seberang Perak, pada Isnin.

Mohamad menambah, pelaksanaan majlis itu juga penting sekiranya berlaku sebarang krisis, kerana negara akan mempunyai simpanan serta data lengkap berkaitan benih yang boleh digunakan untuk penghasilan semula pada masa hadapan.

Pada Jun lalu, media melaporkan bahawa penubuhan Majlis Penasihat yang dianggotai pakar pelbagai bidang merupakan antara keputusan utama yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Benih Negara. Mesyuarat itu dipengerusikan sendiri oleh Mohamad.

Antara keputusan lain yang turut diumumkan termasuk pelantikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai peneraju Hab Benih Negara.

Sementara itu, Mohamad turut memaklumkan bahawa penambahan kuota bekalan beras kepada pengilang, termasuk pengilang Bumiputera, akan dilaksanakan berdasarkan keupayaan masing-masing.

“Jika pengilang mampu menghasilkan padi dalam jumlah yang tinggi, pihak kementerian akan meneliti dan membantu dalam usaha menambah kuota beras mereka.

“Kita lihat kepada keupayaan kilang terlebih dahulu, dan jika layak, kita sedia bantu,” katanya.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung