Ketua Menteri Sabah bincang isu semasa dengan Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di sini, pada Isnin, bagi membincangkan isu serta perkembangan semasa di Sabah.

Pertemuan itu berlangsung sejurus selepas Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-146 yang dipengerusikan Perdana Menteri di Bilik Mesyuarat Perdana, Bangunan Perdana Putra.

Dalam pertemuan berkenaan, Hajiji turut menyerahkan buku Laporan Tahunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2024 kepada Anwar. Laporan tersebut menggariskan kejayaan pelaksanaan inisiatif di bawah dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya sejak 2021.

Ketua Menteri turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong, yang turut membentangkan taklimat mengenai pembangunan Ekonomi Biru kepada barisan menteri besar dan ketua menteri yang hadir.

Sementara itu, Hajiji dijadualkan mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-269 di Istana Negara yang akan berlangsung pada Rabu dan Khamis ini.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok