Fahaman ‘New Age Movement’ menyusup dalam masyarakat

KUANTAN – Jabatan Mufti Pahang mengambil perhatian serius terhadap penularan fahaman ‘New Age Movement’ yang mula menyusup ke dalam masyarakat Islam, khususnya melalui platform motivasi, pembangunan diri, rawatan alternatif dan pembangunan spiritual.

Muftinya, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata, gerakan itu membawa unsur bercanggah dengan akidah Islam seperti pantheisme, reinkarnasi, pluralisme agama, penyelewengan wahyu dan syariat.

“Gerakan ini begitu mudah menyerap ke dalam kursus pembangunan kendiri, seminar ‘healing’ dan latihan minda yang kelihatan seolah-olah neutral.

“Tetapi sebenarnya membawa ajaran terpesong dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Oleh itu, umat Islam diingatkan agar berhati-hati terhadap mana-mana bentuk program yang menggunakan unsur metafizik dalam silibusnya yang tidak berasaskan ajaran Islam yang sahih,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sufisme Ahli Sunnah Wal Jamaah berteraskan al-Quran, al-Sunnah dan turath ulama muktabar adalah jalan sebenar dalam memenuhi keperluan kerohanian umat Islam.

Katanya, pendekatan psikospiritual dalam tasawuf membabitkan amalan seperti tazkiyah al-nafs, zikir, muraqabah serta pengenalan terhadap maqam-maqam kerohanian, adalah alternatif yang seimbang dan sah untuk menangani kekosongan jiwa manusia moden.

“Ia tidak hanya menjaga akidah tetapi juga mendidik jiwa agar kembali kepada Allah SWT dengan penuh adab dan rasa kehambaan.

“Umat Islam disarankan merujuk Jabatan Mufti untuk mendapatkan nasihat yang tepat berkenaan kemusykilan, termasuk aktiviti menggunakan nama motivasi, pembangunan diri, spiritual dan lain-lain yang berkaitan,” katanya.

Related Posts

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

IPOH – Penemuan pelbagai jenis dadah di lokap Balai Polis Lumut, membawa kepada penahanan seorang anggota polis berpangkat konstabel bagi membantu siasatan, pada Selasa lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

SARATOK – Tiga lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah tong gas di sebuah rumah panjang di Awik  bagi mendapatkan wang untuk membeli bekalan dadah. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan