SFD komited semai kesedaran alam sekitar dalam kalangan belia

SANDAKAN – Jabatan Perhutanan Sabah (SFD) terus komited dalam memperkasakan golongan belia sebagai pemangkin perubahan alam sekitar menerusi penganjuran Environmental Education Race (EERace) 29: Edisi Belia.

Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan berkata, EERace yang mula dilaksanakan pada tahun 2005 kini telah diperluaskan penyertaannya kepada golongan belia bagi memastikan keberkesanan penyampaian mesej pemuliharaan kepada masyarakat.

“Edisi kali ini memberi tumpuan kepada belia sebagai ejen perubahan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan tugasan lapangan yang merangkumi aspek pemuliharaan biodiversiti, pembangunan ekopelancongan dan pembinaan kapasiti komuniti,” katanya.

Teks ucapan perasmiannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Konservator Hutan (Penyelidikan dan Pembangunan), Dr Arthur Chung di RDC Sepilok, di sini pada Ahad.

Program pendidikan alam sekitar tersebut menghimpunkan 42 peserta berumur antara 21 hingga 40 tahun yang berlangsung selama enam hari bermula 7 Julai lalu di Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok.

Peserta terdiri daripada guru, pegawai pendidikan serta penggiat pemuliharaan dari pelbagai latar belakang dengan matlamat membentuk kepimpinan belia dalam usaha kelestarian alam sekitar

Jelasnya, sepanjang program para peserta dibahagikan kepada enam kumpulan dan melaksanakan tiga tugasan utama berpandukan teras Pelan Strategik Heart of Borneo (HoB) Sabah 2021–2030 iaitu Pengurusan Sumber Asli dan Pemuliharaan Biodiversiti, Pembangunan Eko-Pelancongan serta Pembangunan Kapasiti.

Menurut Frederick, antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk pemulihan habitat orang utan, pemeliharaan terumbu karang, pemuliharaan hutan paya bakau serta inisiatif pemuliharaan berasaskan komuniti.

“Peserta turut membuat pembentangan interaktif yang dinilai oleh panel juri profesional, berdasarkan kreativiti, impak serta kefahaman terhadap isu alam sekitar bagi memilih kumpulan terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, EERace 29 turut mendapat sokongan padu daripada ahli Sabah Environmental Education Network (SEEN) yang melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Jabatan Hidupan Liar (JHL), Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC), Seratu Aatai, OrangJUGA serta rakan kerjasama lain.

“Program ini tidak mungkin berjaya tanpa kerjasama pelbagai pihak termasuk Taman-Taman Sabah (TTS), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), HUTAN-KOCP, IOI Plantation Services, Sawit Kinabalu, Wild Asia, Komuniti Kampung (kg) Bestaria Telupid, Cahaya Society, HRD Corp dan SJKC Tai Tong,” katanya.

Tambahnya, sumbangan dalam bentuk logistik, fasilitasi, makanan dan lokasi memberi impak besar dalam membentuk pengalaman pembelajaran yang mendalam kepada para peserta.

“Saya menyeru para peserta agar terus menyemarakkan semangat pemuliharaan.

“Kini tiba giliran anda untuk berkongsi segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada EERace 29 bersama komuniti masing-masing,” ujarnya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula