Ahli Parlimen Lahad Datu mungkin bakal tanding dalam PRN17 Sabah 

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkemungkinan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN) Sabah yang akan tiba tidak lama lagi. 

Bagaimanapun, Yusof berkata, keputusan sama ada beliau akan bertanding atau tidak akan ditentukan oleh Presiden Parti Warisan iaitu Datuk Seri Shafie Apdal.

“Saya biarkan presiden yang menentukan, kalau dia rasa ada keperluan saya bertanding, mungkinlah saya tanding.

“Saya parlimen ada empat Dewan Undangan Negeri (DUN), bukan saya cakap mana-manalah tapi terpulang kepada Presiden saya untuk menentukannya,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa Majlis Kupi-Kupi Bah Kita sama Pengamal Media di Marina Club, Sutera Habour di sini pada Sabtu. 

Yusof berkata, sekiranya diberi peluang untuk bertanding beliau juga sudah bersedia. 

Mengulas mengenai majlis hari ini, Yusof yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata, ia adalah bagi menghargai pengamal media yang banyak membantu untuk menghebahkan maklumat dan aktiviti yang dilaksanakan MOSTI. 

“Tujuan utama kita adalah untuk merapatkan lagi hubungan MOSTI dengan media di Sabah yang mana telah banyak membantu kita selama ini.

“Untuk menghebahkan berhubung dengan apa kementerian kita laksanakan khususnya di Sabah,” ujarnya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri menjawab persoalan berkaitan integriti dan beberapa isu yang didakwa masih belum mendapat penjelasan tuntas. Akmal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula