AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

PUTRAJAYA – Amerika Syarikat (AS) sudah menggerakkan usaha diplomatik bagi membolehkan Presiden Donald Trump menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Oktober ini.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, pentadbiran AS sedang berusaha memuktamadkan tarikh sesuai bagi penglibatan Trump dalam mesyuarat peringkat tinggi yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

“Kami sedang berusaha menetapkan tarikh untuk perkara itu (kehadiran Trump), sudah tentu,” katanya kepada media ketika ditanya kemungkinan Trump akan bersama pemimpin serantau pada Sidang Kemuncak ASEAN.

Rubio kini berada di ibu negara untuk menghadiri mesyuarat peringkat tinggi ASEAN bersempena Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) yang dihoskan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025.

Kali terakhir Presiden AS menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS di Kuala Lumpur adalah Barack Obama pada November 2015.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit