RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

PUTRAJAYA – Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) perlu menumpukan kepada keutamaan strategik sektor agromakanan serta memastikan pelaksanaannya di peringkat lapangan diterjemah dengan berkesan bagi menjamin kesejahteraan petani, peladang dan nelayan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi catatan di Facebook berkata, perkara itu dibincangkan semasa kunjungan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di Wisma Tani, dekat sini, semalam.

Mohamad berkata, RMK13 yang akan dibentangkan pada 30 Julai ini perlu berlandaskan nilai-nilai teras Malaysia MADANI iaitu Kesejahteraan, Ihsan dan Keberdayaan dengan memastikan setiap dasar intervensi memberi perhatian dan manfaat kepada golongan yang menjadi tunjang sektor berkenaan.

“RMK13 tidak boleh tinggal sebagai dokumen di atas kertas semata-mata dan ia mesti diterjemah ke lapangan.

“Mesti sampai kepada rakyat. Kita mahu lihat petani lebih berdaya saing, peladang lebih produktif, nelayan lebih terbela.

“Inilah wajah Pertanian MADANI yang kita impikan, pembangunan yang adil, saksama dan mampan tanpa ada sesiapa tertinggal di belakang,” katanya.

Mohamad berkata, dengan kerjasama erat antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Kewangan, reformasi pertanian dapat dijayakan demi masa depan rakyat dan negara.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit