Rundingan tarif Malaysia–AS masih berlangsung – PM Anwar

RUNDINGAN berhubung tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) masih berjalan susulan pengumuman Presiden AS, Donald Trump, untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas barangan Malaysia bermula 1 Ogos ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia telah menghantar pasukan perunding untuk menyampaikan pendirian negara bahawa tindakan mengenakan tarif secara unilateral boleh memberi kesan negatif bukan sahaja kepada ekonomi Malaysia dan AS, malah kepada keseluruhan rantau.

“Kita telah menghantar pasukan untuk berunding dan menjelaskan pendirian bahawa Malaysia ialah sebuah negara perdagangan dan bahawa sebarang tarif unilateral akan memberi kesan negatif kepada ekonomi kedua-dua negara serta rantau ini.

“Tetapi rundingan masih berjalan. Apabila saya bertemu Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, esok, saya pasti akan membangkitkan beberapa isu ini untuk pertimbangannya, agar perkara tersebut dapat dibawa ke perhatian Presiden Trump sebelum keputusan muktamad dibuat,” katanya kepada pemberita di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) Ke-58 dan Persidangan Pasca Menteri di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa hubungan baik Malaysia dengan AS perlu dikekalkan dan diperkukuh meskipun wujud perbezaan pendirian dalam hal perdagangan.

Sebelum ini, pada Rabu lalu, Trump mengumumkan pengenaan tarif sebanyak 25 peratus ke atas barangan dari Malaysia, menggantikan kadar tarif asal sebanyak 24 peratus yang dijadualkan bermula pada 2 April, namun ditangguhkan selama 90 hari.

Dalam satu surat kepada Anwar, Trump mendakwa bahawa defisit perdagangan AS dengan Malaysia berpunca daripada pelbagai halangan tarif dan bukan tarif yang telah lama diamalkan oleh Malaysia.

Pejabat Wakil Perdagangan AS (USTR) dalam Laporan Anggaran Perdagangan Kebangsaan 2025 mengenai Halangan Perdagangan Asing, menyatakan bahawa antara isu yang dikenal pasti termasuk piawaian halal Malaysia yang dikatakan melebihi norma antarabangsa. Piawaian tersebut dikatakan memerlukan kemudahan khusus halal serta proses pendaftaran yang kompleks, sekali gus meningkatkan kos dan melambatkan proses eksport dari AS.

Laporan yang sama turut menyenaraikan halangan pelaburan seperti keperluan pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam syarikat milik asing serta sekatan dalam sektor tertentu termasuk minyak dan gas, media serta pemerolehan awam.

Dalam mesyuarat khas Parlimen yang diadakan pada Mei lalu, Perdana Menteri menegaskan bahawa dasar-dasar utama negara termasuk dasar Bumiputera, keperluan vendor tempatan dan perlindungan terhadap sektor strategik akan dikekalkan dan tidak akan dikompromi dalam rundingan berkaitan tarif dengan Amerika Syarikat.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang