Jogathon dan Merentas Desa Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang 2025 dapat penyertaan menggalakkan

MIRI – Program Jogathon dan Merentas Desa 2025 anjuran Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri telah berlangsung meriah dengan penyertaan aktif pelajar, guru dan komuniti sekolah.

Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Miri, Christopher Jemat Amie bagi mewakili Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif tersebut yang dilihat mampu menyumbang kepada pembangunan sahsiah dan kesihatan pelajar.

Menurut beliau, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang merupakan antara institusi pendidikan unggul di Miri dan Sarawak yang telah melahirkan ramai tokoh masyarakat, pemimpin muda serta tenaga profesional.

Katanya, legasi kecemerlangan ini perlu terus diperkasa dan disemai dalam kalangan generasi baharu.

“Program seperti jogathon dan merentas desa bukan sahaja menyemai semangat kesukanan, tetapi juga membentuk jati diri, karakter dan nilai kerjasama dalam kalangan pelajar,” ujar beliau dalam kenyataan.

Tambah beliau, penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti seumpama ini penting bagi membina keyakinan diri serta semangat kerja berpasukan, di samping memupuk hubungan erat antara warga sekolah.

Ini selari dengan usaha membina persekitaran pendidikan yang inklusif dan harmoni.

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa kejayaan sesebuah institusi pendidikan tidak hanya diukur berdasarkan pencapaian akademik, tetapi juga dari aspek pembinaan insan yang seimbang dan berintegriti, serta mampu menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada warga sekolah dan jawatankuasa penganjur atas kejayaan menganjurkan program tersebut dengan penuh semangat.

Kepada para pelajar, beliau berpesan agar terus berusaha gigih, berdisiplin dan tidak gentar menghadapi cabaran.

“Apa yang penting ialah kesungguhan untuk terus belajar, berani mencuba dan berkembang menjadi individu yang membanggakan sekolah, keluarga serta negara,” tambahnya.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar