Henti kait buaya dengan kes pelajar lemas

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menolak spekulasi kes remaja lelaki hilang ketika memancing di Sungai Kuantan, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam petang kelmarin, mempunyai kaitan dengan buaya.

Pengarahnya, Mohd Razam Taja Rahim berkata, setakat ini tiada bukti kukuh untuk mengaitkan reptilia itu dengan dalam kes berkenaan.

Katanya, ketika kejadian, air surut dan mangsa dipercayai terjatuh disebabkan tergelincir ekoran keadaan tebing sungai yang licin.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat dan menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh menyebabkan keadaan panik kepada masyarakat.

“Perbuatan itu juga boleh menimbulkan rasa tidak selesa serta mengganggu emosi ahli keluarga mangsa,” katanya.

Terima, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, mayat Muhammad Isyraf Danish Razmi, 15, ditemui pada jam 12.40 tengah hari di kawasan Empangan Sungai Kobat, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak