TMJ titah KKM segerakan isu kekurangan petugas hospital

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mencari penyelesaian segera berhubung isu dihadapi tiga buah hospital di negeri ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook baginda pada Selasa, Tunku Ismail menggesa agar Hospital Pasir Gudang (HPG) yang bakal beroperasi sepenuhnya Julai tahun depan dibuka lebih awal.

Titah baginda, ia penting bagi mengatasi kesesakan kritikal dialami dua buah hospital utama iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru dan Hospital Sultan Ismail (HSI), Pasir Gudang.

“Saya ingin menitahkan kepada KKM agar tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas kesihatan agar HPG ini dapat beroperasi sepenuhnya dan memenuhi keperluan rakyat Johor.

“Saya juga menyeru Kerajaan Persekutuan menyegerakan proses kelulusan dan pengisian jawatan yang tidak diisi hingga menyebabkan kesesakan luar biasa di hospital seperti HSA, HSI, Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim dan lain-lain hospital yang berdepan isu kekurangan kakitangan kesihatan,” titah baginda.

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Kerajaan Negeri menyambut baik titah Tunku Ismail dan perkara itu akan diusul segera kepada kementerian berkaitan.

Menurut beliau, Kerajaan Johor akan terus bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah melibatkan kebajikan kakitangan hospital dan melindungi kesihatan rakyat negeri khusunya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, melalui tinjauan beliau ke HSA dan HSI, selain perbincangan bersama pihak tertinggi hospital mendapati, isu kesesakan dialami di dua fasiliti kerajaan itu adalah sangat luar biasa dan memerlukan perhatian segera.

Related Posts

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

KUCHING – Polis menyiasat kejadian dua lelaki bermotosikal yang melanggar seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di Jalan Padungan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

KUCHING – Warisan Old Kuching bukan hanya tertumpu pada bangunan dan tapak bersejarah, malah turut merangkumi kelestarian cerita, memori, budaya serta pengalaman masyarakat yang diwarisi merentas generasi. Pendekatan komprehensif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

Hari Belia St John Marie Vianney perkukuh jati diri generasi muda Krusen Kranji

Hari Belia St John Marie Vianney perkukuh jati diri generasi muda Krusen Kranji

Biodiversiti Bukit Lambir khazanah alam yang perlu dipelihara – Adam Yii

Biodiversiti Bukit Lambir khazanah alam yang perlu dipelihara – Adam Yii