Ribut, hujan lebat jejas kediaman penduduk

KUANTAN – ADUN Semambu, Chan Chun Kuang menyalurkan menyalurkan bantuan segera kepada pemilik kediaman yang terjejas akibat kejadian ribut di Semambu, dekat sini.

Dalam kejadian minggu lalu itu, sebanyak enam rumah dikenal pasti mengalami kerosakan pada bahagian bumbung tercabut akibat angin kencang berserta hujan lebat.

“Saya sempat meninjau lokasi kejadian sebaik menerima maklumat dan mendengar luahan penduduk terbabit dalam kejadian itu.

“Bantuan segera juga disalurkan kepada mereka yang terjejas dalam kejadian berkenaan,” katanya.

Chun Kuang berharap bantuan itu dapat membantu meringankan sedikit beban ditanggung penduduk.

Beliau juga menjelaskan bantuan susulan dengan kerjasama agensi berkaitan akan diusahakan, terutamanya bagi kerja baik pulih kerosakan dialami pemilik kediaman di kawasan berkenaan.

Related Posts

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

KUANTAN – Tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah di sekitar Tasek Bera perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang, bukan sebagai usaha menindas masyarakat Orang Asli. Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

LIMBANG – Ribuan pengunjung membanjiri Tebingan Sungai Limbang pada Ahad bagi menyaksikan Pertandingan Perahu Naga yang menjadi antara acara utama sempena hari terakhir Pesta Limbang 2026. Pertandingan yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan