Kesejahteraan sosial terus diperkasa melalui tambahan pusat jagaan warga emas, OKU

KOTA KINABALU – Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat  terus memperkasa kesejahteraan sosial dengan menambah bilangan pusat jagaan harian warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) khususnya di Sandakan dan Kota Kinabalu.

Menurut Menterinya, Datuk James Ratib, perancangan itu dilaksanakan melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesejahteraan sosial.

“Antaranya projek yang sedang dirancang di Sandakan seperti pembinaan Kompleks Latihan OKU, pembinaan bangunan baharu Taman Didikan Kanak-Kanak OKU dan pembaikan menyeluruh Rumah Warga Tua Sri Harapan,” katanya ketika menjawab soalan dari ADUN Elopura, Calvin Chong Ket Kiun dalam  persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini pada Isnin.

Sementara itu, beliau berkata, pembinaan sebuah Kompleks Bersepadu OKU dan Warga Emas di Inanam turut dirancang.

“Kompleks tersebut bakal menyediakan penjagaan harian berbayar untuk 50 penghuni, kemudahan latihan dan peluang pekerjaan kepada OKU dan sokongan psikososial kepada warga emas,” katanya.

Menurut James, sebagai inisiatif tambahan, sebuah ‘Rumah Warga Tua Kendiri’ di Telupid yang menempatkan warga emas tanpa waris secara percuma sedang dibangunkan.

“Model ini boleh dijadikan contoh untuk diperluaskan ke kawasan bandar seperti Sandakan dan Kota Kinabalu pada masa hadapan,” ujarnya.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi