InDrive dan Maxim dihenti operasi tidak mencukupi, laksana reformasi e-hailing secara holistik

PUTRAJAYA – Tindakan kerajaan menghentikan operasi dua aplikasi e-hailing dari Rusia iaitu InDrive dan Maxim disifatkan tidak mencukupi sekiranya dasar serta sistem pengawalseliaan masih longgar, tidak telus dan mudah untuk diekspoitasi.

Ketua Aktivis Gabungan eHailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berpandangan, sekiranya tindakan tidak disusuli dengan pembaharuan sistemik, perkara terbabit hanya akan menjadi retorik mingguan, bukan reformasi sebenar.

Sehubungan itu, katanya, keperluan untuk mengubal platform yang perlu bertanggungjawab secara undang-undang dalam ketelusan sistem algoritma yang menentukan bayaran, tugasan dan penggantungan akaun.

“Audit harus dipantau oleh badan bebas yang tidak berkepentingan ke atas semua platform tanpa pilih kasih dan tidak tunduk pada tekanan industri serta hentikan layanan dua darjat antara syarikat tempatan dan luar negara.

“Jangan benarkan standard penguatkuasaan berbeza-beza. Keadilan mesti seragam. Pada masa sama, libatkan pekerja gig dalam semua rundingan dan pelaksanaan dasar. Jangan hanya menjemput sebagai simbol. Kami adalah pemegang taruh sebenar dan layak dirunding secara adil,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Dalam pada itu, Jose berkata, wujud keperluan untuk menubuhkan Majlis Industri eHailing & P-Hailing Malaysia yang sah, berfungsi serta menjadi badan tetap inklusif, profesional dan berautoriti bagi menyelaras kepentingan bersama dalam industri.

“Bangunkan sistem kawal selia bersepadu negara secara “real-time”, telus dan dipantau badan berkecuali, bukan dikawal pemain industri sendiri. Industri e-Hailing dan p-Hailing bukan milik mana-mana individu, syarikat gergasi mahupun menteri. Ia milik seluruh rakyat Malaysia.

“GEM sentiasa bersedia untuk bekerjasama secara tulus dan jujur dalam membina semula industri ini secara adil, telus dan berdaya saing, demi masa depan semua pihak, bukan hanya segelintir,” katanya.

Sebelum ini, dua aplikasi e-hailing dari Rusia yang didakwa beroperasi secara haram iaitu InDrive dan Maxim, diarahkan menghentikan operasi mereka berkuat kuasa 24 Julai ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah menghantar surat memberhentikan operasi kepada dua aplikasi e-hailing berkenaan, baru-baru ini.

Terdahulu, Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia (Penghantar Malaysia) menggesa kerajaan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap dua aplikasi e-hailing tersebut, termasuk menyekat akses platform itu.

Katanya, kedua-dua platform e-hailing itu didapati terus menawarkan perkhidmatan mereka tanpa mematuhi peraturan di bawah akta sedia ada.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit