Enam beranak jadi mangsa terbaharu Sungai Korok

KUBANG PASU – Enam beranak yang dikhuatiri hilang sejak Sabtu lalu dipercayai meninggal dunia di dalam kereta dinaiki mereka yang terbabas ke Sungai Korok di Jitra, hari ini.

Pasangan suami isteri berusia 32 dan 31 tahun serta empat anak mereka berusia 6 bulan hingga 9 tahun itu ditemukan di dalam kereta berkenaan oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I , Ahmad Aminuddin Abd. Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.38 pagi ini mengenai kereta terjatuh sungai.

“Terdapat sebuah kereta Proton Iswara di dalam sungai itu dan terdapat enam mangsa dalam kenderaan terbabit. Proses pengecaman mangsa telah dilakukan oleh waris mangsa. Kerja-kerja pengeluaran mangsa dari dalam kereta itu sudah dilakukan,” katanya ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang wanita tidak menyangka pertemuan bersama abangnya sekeluarga pada malam Jumaat lalu menjadi detik terakhir mereka dilihat sebelum menghilang tanpa jejak keesokan harinya.

Kehilangan pasangan suami isteri dan empat anak mereka itu membingungkan keluarganya yang berusaha menjejaki mereka sejak kelmarin setelah tidak pulang ke rumah di Jerlun.

Nur Adliah Shuhada Ishak berkata, abangnya, Mohd Azim Ezzat, 32, bermalam di rumahnya di Taman Aman, Alor Setar bersama isteri, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, dan empat anak mereka yang berusia 6 bulan hingga 9 tahun.

Katanya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Jitra dan pencarian diteruskan di sepanjang laluan yang sering dilalui keluarga itu terutama berhampiran Sungai Korok.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi