Pembangkang eksploit isu Ambalat demi kepentingan politik – Geostrategis

TINDAKAN pembangkang mempolitikkan isu pembangunan bersama Malaysia–Indonesia di blok Ambalat disifatkan sebagai usaha terancang untuk meraih manfaat politik dengan mengeksploitasi sentimen rakyat berhubung soal kedaulatan negara.

Geostrategis, Prof Dr Azmi Hassan berkata, pendekatan ini jelas bermotif politik kerana sebelum ini, beberapa bentuk kerjasama pembangunan bersama seperti Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) dan perjanjian pembangunan bersama (JDA) dengan Thailand tidak pula dibantah atau dijadikan isu besar oleh pembangkang.

“Lihat sahaja kerjasama Johor–Singapura dalam Zon Ekonomi Khas. Tiada sebarang butiran terperinci yang didedahkan kepada umum, namun ia tidak mencetuskan syak wasangka. Begitu juga dengan JDA bersama Thailand di sebelah Laut Andaman yang sudah lama berjalan tanpa pertikaian besar.

“Namun dalam isu Ambalat, pembangkang mengambil peluang untuk meniup persepsi negatif dan membangkitkan curiga dalam kalangan rakyat. Ini jelas menunjukkan isu ini dijadikan modal politik,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Azmi berpandangan bahawa pemilihan Indonesia sebagai sasaran dalam isu ini juga bukan kebetulan, sebaliknya kerana ia dilihat sesuai digunakan untuk mencetuskan sentimen nasionalisme.

“Pembangkang mengambil kesempatan mempolitikkannya kerana Indonesia amat sesuai digunakan sebagai modal politik.

“Malah ada yang mengaitkannya dengan insiden politik serantau seperti sikap lunak Perdana Menteri Thailand terhadap pemimpin Kemboja. Jadi ini dikatakan bahawa isu ini dipolitikkan,” tambah beliau.

Beliau menegaskan bahawa tidak semua butiran perjanjian perlu didedahkan, memandangkan ada bahagian yang tertakluk di bawah kerahsiaan kerajaan atau telah dipersetujui secara diplomatik untuk tidak diumumkan secara terbuka.

“Namun kerajaan boleh dan harus memperincikan secara dasar supaya rakyat jelas bahawa perjanjian itu tidak melibatkan penjualan kedaulatan negara.

“Sama seperti perjanjian sempadan maritim Selat Melaka dan Laut Sulawesi yang ditandatangani dua tahun lalu, penjelasan asas cukup untuk menangkis fitnah dan spekulasi.

“Kita tidak boleh dedahkan kesemuanya jika ia melibatkan komitmen dengan Presiden Indonesia, Bapak Prabowo. Tetapi kita juga tidak boleh membiarkan pembangkang terus menunggang isu ini tanpa sebarang penjelasan daripada kerajaan,” tegasnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sebelum ini menyatakan komitmen untuk mempercepat pelaksanaan kerjasama strategik antara Malaysia dan Indonesia dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan bersama di kawasan sempadan maritim Ambalat secara aman dan saling menguntungkan.

Dalam sidang media bersama selepas pertemuan dua hala di Istana Merdeka, Jakarta, minggu lalu, Anwar menegaskan bahawa kedua-dua negara perlu meneliti potensi kerjasama ekonomi di kawasan sempadan maritim yang mampu memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Namun kerjasama dua hala ini mendapat tentangan daripada pihak pembangkang yang mendakwa kerajaan tergesa-gesa bersetuju memulakan pembangunan bersama dengan Indonesia di blok Ambalat itu.

Related Posts

PMX akan ziarahi jenazah Tun Hasmah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pada Isnin. Anwar berkata demikian ketika ditanya pengamal media sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu akaun WhatsApp digodam dan disekat, MCMC tunggu maklum balas Meta

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menunggu maklum balas daripada Meta berkaitan aduan membabitkan akaun WhatsApp yang digodam, diambil alih atau disekat sehingga tidak boleh diakses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sandakan perlu dorongan lebih kukuh untuk pulihkan ekonomi – Chong

  • By Fandi
  • September 28, 2026
Sandakan perlu dorongan lebih kukuh untuk pulihkan ekonomi – Chong

Penjawat awam, bekas CEO mengaku tidak bersalah berkait rasuah perlombongan emas

Penjawat awam, bekas CEO mengaku tidak bersalah berkait rasuah perlombongan emas

Pesara tentera maut terperangkap dalam kebakaran

Pesara tentera maut terperangkap dalam kebakaran

PMX akan ziarahi jenazah Tun Hasmah

PMX akan ziarahi jenazah Tun Hasmah

Isu akaun WhatsApp digodam dan disekat, MCMC tunggu maklum balas Meta

Isu akaun WhatsApp digodam dan disekat, MCMC tunggu maklum balas Meta

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, siaran televisyen dan radio perlu disederhanakan – Fahmi

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, siaran televisyen dan radio perlu disederhanakan – Fahmi