JKM sedia ambil alih penjagaan mangsa rogol bawah umur – Nancy Shukri

KUCHING – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia mengambil alih tanggungjawab penjagaan terhadap mangsa jenayah seksual, khususnya kanak-kanak bawah umur sekiranya tiada penjaga dalam kalangan ahli keluarga yang sesuai atau berkeupayaan untuk menjaganya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Nancy Shukri berkata, langkah tersebut penting bagi menjamin keselamatan dan kebajikan mangsa selain memastikan mereka menerima sokongan emosi dan pemulihan psikososial yang sewajarnya.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu susulan laporan media mengenai seorang peniaga nasi lemak yang didakwa merogol anak perempuan kepada teman wanitanya yang masih di bawah umur.

“Kes seumpama ini amat membimbangkan dan tidak boleh dikompromi dalam mana-mana masyarakat yang menghargai keselamatan serta maruah kanak-kanak,” katanya.

Tambah beliau, perlindungan terhadap kanak-kanak bukan hanya tanggungjawab kerajaan, tetapi memerlukan kerjasama dan keprihatinan seluruh masyarakat.

“Selain perlindungan fizikal, mangsa juga berhak menerima sokongan psikososial bagi membantu proses pemulihan emosi dan mental. Masyarakat perlu lebih peka dan tidak berdiam diri apabila berlaku kejadian penderaan,” tegas beliau.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penderaan atau pengabaian kanak-kanak digesa untuk melaporkannya melalui Talian Kasih 15999 atau hadir ke mana-mana pejabat JKM berhampiran.

Nancy turut memberi jaminan kementeriannya komited untuk terus memperkukuh langkah pencegahan, pemulihan dan perlindungan demi kesejahteraan kanak-kanak di seluruh negara.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok