89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 44 32 109 101 110 101 114 105 109 97 32 115 97 109 98 117 116 97 110 32 114 97 115 109 105 32 115 101 109 97 115 97 32 108 97 119 97 116 97 110 32 107 101 114 106 97 32 100 105 32 80 101 114 97 110 99 105 115 46 32 52 32 74 117 108 97 105 32 50 48 50 53 46 32 65 70 73 81 32 72 65 77 66 65 76 73 47 80 101 106 97 98 97 116 32 80 101 114 100 97 110 97 32 7
PARIS – Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan rasmi penuh istiadat sempena lawatan rasmi beliau ke Perancis.
Ia adalah penghormatan tinggi yang mencerminkan keakraban dan saling menghormati dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Perancis yang sekian lama terjalin.
Perdana Menteri disambut Menteri Ekonomi, Kewangan serta Kedaulatan Perindustrian dan Digital Perancis, Eric Lombard.
Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan dan Anwar kemudian memeriksa perbarisan kehormat dalam sambutan yang diadakan di Musée de l’armée invalids.
![]()
Sambutan itu melambangkan komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dalam pelbagai bidang demi manfaat bersama, dan menyumbang kepada kestabilan, kemakmuran serta keamanan serantau.
Anwar berada di Paris atas jemputan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.
Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Macron di Istana Élysée, dengan agenda utama termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, pertahanan, pendidikan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).
Kedua-dua pemimpin juga dijangka membincangkan konflik di Asia Barat, khususnya krisis kemanusiaan di Gaza.
Perancis kekal sebagai satu daripada lima rakan perdagangan utama Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah.



