Ada sebab kenapa kerajaan tidak pilih laksana GST

KERAJAAN MADANI tidak pernah menyifatkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai satu sistem percukaian yang tidak baik, namun mengakui memilih untuk melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) atas beberapa senario yang berlaku ketika ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan, pelaksanaan semula GST memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun kerana ia memerlukan tempoh dalam membina sistem pematuhan, menyediakan latihan kepada peniaga, menyiapkan infrastruktur digital dan memaklumkan rakyat.

Jelasnya, dalam suasana ekonomi yang memerlukan penyelesaian segera dan hasil pantas, kerajaan tidak memilih pelaksanaan GST kerana mahu memberi fokus kepada strategi percukaian yang lebih cepat dan praktikal.

“Banyak perdebatan tentang antara GST dan SST kenapa tak buat GST. Kita ada masalah mempraktikalkannya kalau kita nak juga perkenalkan GST ia kena ambil masa dua tahun.

“Kerana masa kita berhentikan GST pada 2018, tujuh tahun yang lepas… banyak syarikat baru yang tak ada sistem GST, banyak syarikat lama yang dah berganjak kepada benda baru. Kalau kita nak jugak buat GST ia akan mengambil masa.

“Kedua, kalau kita tengok skim GST ia sangat meluas. Bila kita laksanakan semua akan kena. Skim GST syarikat suka kerana ia ada input dan output cukai. Apa yang dicaj boleh dapat balik. Tapi yang kena bayar adalah rakyat,” katanya dalam rancangan podcast Keluar Sekejap, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya oleh dua hos podcast tersebut, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan mengenai tindakan Kerajaan yang mahu mengukuhkan fiskal negara dengan meluaskan pelaksanaan SST.

Amir Hamzah yang turut menggalas tugas Menteri Ekonomi berkata, sistem SST dapat memberi kelebihan kepada kerajaan untuk memilih perkara yang patut dikenakan cukai sekali gus dapat mengelakkan rakyat terpaksa membayar cukai kepada perkara yang tidak sepatutnya.

“SST adalah satu skim yang kita buat secara bersasar yang mana, kita tidak laksanakan benda yang kena SST. Jadi kali ini kita perluaskan untuk sesetengah barang dan kebanyakan yang barang yang kita kenakan tidak kepada barangan asas yang menjadi keperluan rakyat.

“Kita buat SST secara bersasar, kita target benda-benda penting kepada rakyat sebagai barang asas, dikecualikan dari cukai,” katanya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang