Rundingan tahunan Malaysia-Indonesia bakal bincang isu Ambalat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta pada 29 Julai ini bagi menghadiri sesi konsultasi bersama Indonesia yang dijadualkan berlangsung bagi membincangkan beberapa isu tertangguh antara kedua-dua negara.

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata antara isu utama yang akan menjadi tumpuan dalam perbincangan itu ialah berkaitan wilayah sempadan maritim di kawasan Blok Ambalat.

“Kita menjangkakan banyak perkara yang telah lama dibincangkan akan dibangkitkan semula dalam sesi ini.

“Sesi konsultasi tahunan ini lazimnya menjadi forum terbaik bagi pemimpin kedua-dua negara menyatakan pandangan serta mencari hala tuju bersama dalam pelbagai isu termasuk isu pertikaian Blok Ambalat yang telah berlarutan hampir tiga dekad,” katanya dalam sidang media mingguan, di Putrajaya hari ini.

Menurut Fahmi, isu Ambalat bukan perkara baharu dan dijangka turut dibincangkan dalam sesi itu.

Namun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri sebelum ini, banyak perkara perlu diteliti, termasuk pertimbangan teknikal yang kompleks.

Beliau turut menyifatkan sesi berkenaan sebagai satu permulaan kepada penyelesaian isu membabitkan Blok Ambalat, bukannya pengakhiran.

“Pendekatan ini penting untuk memastikan sebarang langkah yang diambil bersifat menyeluruh dan mengambil kira kepentingan bersama,” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir Rundingan Tahunan antara Malaysia dan Indonesia diadakan pada 2017.

Anwar turut dijadualkan menghadiri Mesyuarat Sekretariat ASEAN selepas sesi konsultasi dua hala tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Perdana Menteri dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, telah menyatakan komitmen bersama untuk mempercepatkan kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan bersama di wilayah sempadan maritim di Ambalat secara damai dan saling menguntungkan.

Namun begitu, beberapa pihak dalam negara menyuarakan pandangan bahawa pengumuman mengenai kerjasama tersebut dibuat secara tergesa-gesa dan mengejutkan rakyat Malaysia.

Mengulas mengenai lawatan rasmi Anwar ke Itali, Perancis dan Brazil yang bermula semalam, Fahmi, berkata lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan negara-negara berkenaan.

Katanya, lawatan itu turut menumpukan perhatian kepada aspek kerjasama ekonomi dan pelaburan, selaras dengan komitmen Malaysia untuk meningkatkan keterlibatan di peringkat antarabangsa.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik