Mansuh sekatan ekonomi cipta peluang buat Syria bangkit kembali

PUTRAJAYA – Penamatan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat terhadap Syria disifatkan menjadi titik tolak penting untuk rakyat di negara tersebut bagi memulihkan ekonomi dan sosial mereka secara holistik serta pragmatif.

Ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata, perubahan dasar itu adalah peluang besar buat Syria membina semula negara itu selepas lebih satu dekad berdepan peperangan dan pengasingan antarabangsa.

“Syria Care mengalu-alukan komitmen Washington dalam mengekalkan tekanan terhadap individu dan kumpulan yang terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia, pengedaran dadah, penggunaan senjata kimia, dan aktiviti keganasan.

“Kami menegaskan bahawa sebarang usaha pemulihan mesti berpaksikan keadilan, keamanan, dan pematuhan terhadap hak asasi manusia,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Donald Trump pada Selasa memansuhkan sekatan terhadap Syria, dengan harapan bagi mengintegrasikan semula negara berkenaan yang sebelum ini dibelenggu perang, ke dalam ekonomi global manakala Israel menaruh harapan menjalin hubungan dengan kepimpinan baharu negara itu.

Menerusi satu perintah eksekutif, Trump menamatkan darurat nasional yang berkuatkuasa sejak 2004.

Mei lalu, Trump menarik balik sebahagian besar sekatan terhadap Syria, sebagai tindak balas kepada rayuan Arab Saudi dan Türkiye, selepas bekas pemimpin pejuang Syria, Ahmed al-Sharaa, mengakhiri pemerintahan selama setengah abad keluarga Bashar al-Assad.

Dalam pada itu, Siti Sakinah berkata, penamatan sekatan tersebut juga membuka ruang baharu buat badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa dan tempatan seperti Syria Care memperluaskan bantuan kemanusiaan.

Pada masa sama, jelasnya, ia juga memberi peluang dalam mempercepatkan pemulihan infrastruktur, di samping memulihkan kehidupan rakyat di Syria tanpa kekangan kewangan dan logistik.

“Kami menyeru komuniti antarabangsa, para penderma, dan rakan strategik untuk bersama-sama merebut peluang ini dengan menyokong usaha pemulihan Syria secara kolektif.

“Syria Care kekal komited untuk terus menjadi jambatan antara rakyat Malaysia dan rakyat Syria dalam menyalurkan bantuan yang berfokus, bermaruah dan berterusan,” katanya.

Related Posts

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing