MCMC siasat pemimpin Pas sentuh isu perkauman dalam perjawatan tentera

PUTRAJAYA – Seorang pemimpin Pas telah dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memberi keterangan terhadap kandungan jelik bersifat perkauman yang dimuat naik di platform media sosial miliknya.

MCMC menerusi kenyataan menegaskan kandungan tersebut dipercayai menyentuh pelantikan Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baharu, Datuk Johnny Lim Eng Seng dengan naratif perkauman yang berpotensi mencetus provokasi serta menggugat perpaduan dan keharmonian negara.

Suruhanjaya itu menegaskan, rakaman percakapan tersebut diadakan pada 28 Jun di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh.

“Individu tersebut telah dipanggil untuk memberikan keterangan dan membantu siasatan. MCMC turut menyita sebuah telefon bimbit dan satu unit kad SIM untuk melengkapkan siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan,” katanya pada Selasa.

Sehubungan itu, MCMC menyeru orang ramai untuk tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan sebarang kandungan yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R), terutamanya yang boleh memecahbelahkan masyarakat serta menggugat keharmonian negara.

“MCMC kekal komited untuk memastikan ruang siber negara kekal selamat, sejahtera dan dihormati, selaras dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional dan keharmonian antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia,” katanya.

Walaupun MCMC tidak menamakan individu terbabit, difahamkan bahawa individu tersebut adalah Ketua Pas kawasan Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad.

Zaharudin, yang juga menantu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, memuat naik satu hantaran di Facebook yang dilihat memberi bayangan tentang seorang individu berbangsa Cina dari “Kampung Sungai Baru” dilantik menjadi Perdana Menteri ke-50 Malaysia.

Beliau juga memberi gambaran kononnya tokoh terbabit dilahirkan oleh pasangan warga asing yang mendapat kerakyatan negara ini melalui program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dan “membeli kondo di situ 23 tahun yang lalu.”

MM2H ialah program yang membolehkan warga asing menetap di Malaysia sebagai rumah kedua mereka dengan syarat memenuhi keperluan undang-undang yang ditetapkan.

Peserta MM2H diberi kebenaran untuk tinggal di negara ini bagi tempoh sehingga 10 tahun dan terbuka kepada pembaharuan.

Pada masa sama, pemimpin Pas itu juga dalam hantaran sama turun memuat naik tangkapan layar laporan berita berkenaan penganugerahan pangkat leftenan jeneral kepada Komandan Maktab Ketahanan Nasional, Mejar Jeneral Johnny Lim Eng Seng.

Minggu lalu, ATM mengumumkan pelantikan Johnny Lim yang disifatkan sebagai melakar sejarah kerana beliau merupakan pegawai kanan berbangsa Cina pertama dinaikkan pangkat ke jawatan tertinggi itu.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam