Discover Petronas@School Baram buka peluang pelajar luar bandar terokai STEM

MARUDI – Lebih 200 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi dan SMK Telang Usan berpeluang mendapat pendedahan secara langsung terhadap dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi program Discover Petronas@School Baram yang berlangsung di Dewan SMK Telang Usan pada Isnin.

Program anjuran Petronas ini bukan sahaja menyasarkan peningkatan literasi STEM dalam kalangan pelajar luar bandar, malah membuka ruang kepada mereka untuk meneroka potensi masa depan dalam industri tenaga dan teknologi.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala menyifatkan inisiatif Petronas itu sebagai pemangkin penting dalam memperkasa generasi muda luar bandar.

“Pendedahan awal seperti ini amat bermakna. Ia bukan sahaja membangkitkan minat terhadap STEM, tetapi juga memberi keyakinan kepada pelajar luar bandar untuk membina masa depan yang lebih cemerlang,” katanya dalam ucapan perasmian.

Program Discover Petronas@School yang mula dilaksanakan sejak 2013 telah memberi manfaat kepada lebih 30,000 pelajar di seluruh negara.

Di Sarawak, ia menjadi antara inisiatif penting dalam menjayakan agenda pembangunan modal insan dan pendidikan berkualiti.

Menurut Pengurus Besar Kanan Perhubungan Strategik dan Komunikasi Kumpulan Petronas, Khairuddin M. Jafar pula, program ini direka khusus untuk menyemai semangat ingin tahu serta memperkenalkan pelajar kepada pelbagai peluang kerjaya dalam sektor tenaga.

“Kami percaya bahawa setiap pelajar, tanpa mengira latar belakang atau lokasi, berhak mendapat akses kepada ilmu dan peluang untuk berkembang dalam bidang masa hadapan,” jelas beliau.

Program ini turut menampilkan pelbagai aktiviti interaktif dan demonstrasi berkaitan STEM yang berjaya mencetuskan rasa ingin tahu serta keterujaan dalam kalangan peserta.

Turut hadir dalam program tersebut ialah wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Zamzaitul Akmal Hisham Ahmad; Pengurus Besar Petronas Sarawak, Norazibah Md Rabu; Pengurus Besar Pelaburan Modal Insan Kumpulan Petronas, Ahmad Munir Aktan Ahmad Faiz; serta wakil Pejabat Daerah Marudi, Vanessa Joseph.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang