Viviantie dilantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu INSKEN

KOTA KINABALU – Viviantie Sarjuni dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Menurut kenyataan media INSKEN, Viviantie dilantik atas kredibilitinya yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam syarikat multinasional (MNC) dan agensi kerajaan serta mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi, inovasi dan kreativiti.

“Berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan sosial, beliau pernah menghabiskan setahun enam bulan di Scotland untuk mendalami ekosistem inovasi sosial di Eropah dan juga berkhidmat selama empat tahun dengan sebuah syarikat berpangkalan di Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat, yang memperkukuhkan pemahamannya tentang pelbagai ekosistem global.

“Sebelum menyertai INSKEN, Viviantie pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC).

“Kini beliau masih memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Ekonomi di bawah Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dan juga sebagai Presiden Alumni Chevening Malaysia (2024–2026),” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan yang sama, sepanjang perkhidmatan kerjaya Viviantie, beliau telah menerima pelbagai anugerah pengiktirafan berprestij termasuk Kindness & Leadership 50 Leading Lights In The Asia Pacific 2024, Wiki Impact – 100 Changemakers In Malaysia 2024, Sabah’s 100 Most Inspiring Women dan banyak lagi.

“Barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta seluruh warga kerja INSKEN mengalu-alukan pelantikan Viviantie dan mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Usahawandan Koperasi (KUSKOP) yang telah memberikan persetujuan lantikan tersebut.

“Pelantikan Viviantie diharap dapat memperkukuh pengurusan dan gerak kerja INSKEN, selain memperkasakan ekosistem keusahawanan negara dalam membantu usahawan mikro dan informal untuk kekal berdaya saing serta terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan usahawan,” kata kenyataan tersebut.

Related Posts

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan sempena Visit Sabah 2027. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Dr. Andi Md Samsureezal Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

ARAU – Ketua Dewan Ulamak (KDU) Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil menyifatkan kenyataan seorang pengguna Facebook yang menggelarnya sebagai penerima ‘Pingat Jasa Pengkhianat’ sebagai menghina dan biadap terhadap institusi Raja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan