Sukan elemen penting terap konsep Malaysia MADANI dalam kalangan pelajar

KEMAMAN – Pembudayaan aktiviti sukan sejak di bangku sekolah dilihat mampu menjadi pemangkin kepada penerapan kefahaman konsep Malaysia MADANI dalam kalangan pelajar.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Mak Lagam, Mohd Nazri Nordin berkata, kesedaran mengenai peranan sukan bukan sahaja membina fizikal pelajar, malah menyumbang kepada pembentukan minda cerdas dan modal insan unggul yang seiring dengan aspirasi pembinaan negara bangsa.

“Sukan adalah elemen penting dalam proses pembangunan tamadun dan Malaysia MADANI menekankan pembinaan negara bangsa yang seimbang dari aspek fizikal, emosi serta intelektual. Melalui penyertaan aktif dalam sukan, pelajar akan lebih memahami nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, kerjasama dan disiplin,” katanya ketika ditemui di Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Kemaman di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail 1, di sini.

Menurut beliau, penyediaan fasiliti sukan yang berkualiti dan menepati piawaian juga memainkan peranan penting dalam mencungkil bakat serta meningkatkan mutu sukan sejak usia muda.

“Fasiliti yang baik membolehkan pelajar dilatih secara konsisten dan kompetitif. Ini akan melahirkan lebih ramai atlet berpotensi yang mampu mengharumkan nama sekolah dan negara,” ujarnya.

Dalam kejohanan berkenaan, rekod acara lontar peluru lelaki bawah 12 tahun (L12) turut mencatat sejarah apabila atlet SK Mak Lagam, Muhammad Wafiq Irfan Mohd Rofezam memecahkan rekod terdahulu yang berusia lapan tahun.

Rekod baharu sejauh 11.34 meter itu mengatasi catatan lama 10.78 meter, sekali gus melonjakkan nama sekolah dan atlet berkenaan sebagai pencabar utama dalam sukan baling lontar peluru peringkat daerah.

Related Posts

Premier Sarawak rakam penghargaan kerajaan MADANI setuju kongsi kuasa bidang pelancongan

KUCHING – Kerajaan MADANI terus mempamerkan komitmen kukuh dalam menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) apabila bersetuju untuk menentukan satu formula khusus bagi perkongsian hasil antara kerajaan Persekutuan dengan Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seni instalasi jadi medium perkasa mesej kelestarian alam sekitar

KOTA KINABALU – Seni instalasi dilihat mampu memainkan peranan penting dalam membentuk identiti sesebuah bandar, selain menjadi medium berkesan untuk mendekatkan masyarakat dengan mesej berkaitan kelestarian alam sekitar. Pengerus Installation…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX