BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu diambil bagi meredakan keluhan rakyat, terutamanya para pengguna kenderaan pacuan empat roda seperti pikap dan jip yang amat bergantung kepada bahan api tersebut di Sabah dan Sarawak.

Beliau menjelaskan bahawa penambahbaikan itu merangkumi dua kelonggaran utama bagi memudahkan urusan rakyat bersandarkan kepada rayuan pelbagai pihak.

“Pertama, kemudahan pemindahan kelayakan akan diperluas kepada mana-mana warganegara Malaysia yang layak, dan ia tidak lagi terbatas kepada ahli keluarga terdekat sahaja.

“Kedua, bagi pemilik berdaftar yang memiliki lebih daripada satu kenderaan diesel dalam sebuah rumah… mereka kini dibenarkan memindahkan kelayakan bagi setiap kenderaan terhad kepada maksimum tiga kenderaan. Ini berkuat kuasa serta-merta, ini kerajaan efisien,” tegasnya.

Terdahulu, bagi menangani isu peningkatan kos sara hidup, kerajaan telah menaikkan kuota subsidi bahan api tersebut kepada 400 liter sebulan di bawah inisiatif BUDI MADANI.

Dalam perkembangan sama, Anwar turut menegaskan komitmen Kerajaan Perpaduan yang kekal dengan pendirian untuk tidak membebankan rakyat di sebalik cabaran ekonomi global yang mencabar.

Menurut beliau, kerajaan bertegas untuk mengekalkan harga bahan api RON95 sebagai antara yang terendah di dunia, walaupun harga pasaran minyak mentah global kini telah melonjak kepada sekitar USD102 (RM 412.57) setong berbanding USD70 (RM 283.14) pada pembentangan belanjawan tahun lalu.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

KUCHING – Sabah dan Sarawak masing-masing bakal menerima Pemberian Khas interim berjumlah RM1.5 bilion, satu peningkatan ketara yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX