Laporan letupan paip gas: 2 kumpulan khas ditubuh – MB

KERAJAAN Selangor akan menubuhkan dua kumpulan khas bagi memperkemas siasatan serta merangka langkah pencegahan jangka panjang susulan insiden letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kumpulan pertama akan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan tumpuan kepada aspek siasatan teknikal dan kemungkinan kecuaian.

Manakala kumpulan kedua menurutnya akan meneliti hasil laporan dan mencadangkan tindakan susulan termasuk dari sudut perundangan.

“Kumpulan ini akan mengkaji keseluruhan laporan siasatan teknikal serta faktor persekitaran, termasuk keadaan tanah dan aktiviti pembangunan yang berpotensi menjejaskan struktur paip gas.

“Kita mahu pastikan insiden sebegini tidak berulang,” katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Amirudin berkata, kedua-dua kumpulan ini turut melibatkan penyertaan agensi teknikal seperti Petronas, Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak berkuasa tempatan, serta pakar-pakar bebas dan dijangka mengemukakan cadangan pelan mitigasi berdasarkan laporan siasatan yang telah dimuktamadkan pada 26 Jun lalu.

Tambahnya, siasatan teknikal mengenal pasti tiga faktor utama sebagai fokus, iaitu keadaan fizikal paip gas, kestabilan tanah sekitar kawasan kejadian, dan aktiviti pembangunan berhampiran yang mungkin menyumbang kepada risiko kerosakan paip.

“Fokus kita kini adalah memastikan hasil siasatan ini diterjemahkan kepada pelan tindakan yang lebih menyeluruh termasuk penambahbaikan garis panduan pembangunan dan pelaksanaan peraturan baharu jika perlu,” katanya.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK