SK Lemoi terima barangan, peralatan bola sepak digunakan Man United

AGENSI perhubungan awam, ShekhinahPR, bersama ProEvents, menyumbangkan barangan dan peralatan bola sepak yang digunakan Manchester United pada perlawanan menentang ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan lalu kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi, Cameron Highlands, Pahang.

Sebanyak 15 pasang kasut but bola sepak baharu turut disumbangkan kepada murid-murid sekolah berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan sukan bola sepak dalam komuniti Orang Asli.

SK Lemoi, sebuah sekolah luar bandar yang menempatkan anak Orang Asli dekat Cameron Highlands, mempunyai pasukan bola sepak dikenali The Botaks dan majlis penyerahan sumbangan disempurnakan pada acara makan malam ringkas tetapi penuh makna di sebuah restoran di ibu negara semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif ShekhinahPR, Christopher Raj berkata, sumbangan terbabit adalah sebahagian daripada usaha untuk memupuk minat sukan dalam kalangan anak-anak dari kawasan pedalaman.

“Kami percaya sukan mampu menjadi pemangkin perubahan dalam kehidupan. Menerusi sumbangan ini, kami berharap ia dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak Orang Asli untuk terus aktif dan bersemangat dalam bidang sukan khususnya bola sepak.

“Melihat wajah gembira mereka menerima but bola sepak dan barangan yang pernah digunakan Manchester United menentang ASEAN All-Stars, ia benar-benar menyentuh hati kami.

“Ini bukan sekadar sumbangan, kami mahu mereka rasa dihargai dan menjadi sebahagian daripada komuniti bola sepak global,” kata Christopher.

Related Posts

United bangkit kalahkan Ipswich 5-2

MANCHESTER United meraih kemenangan pertama musim ini selepas membelasah Ipswich Town 5-2 di Old Trafford, dengan kapten Bruno Fernandes muncul wira menerusi hatrik cemerlang. Kekalahan awal musim dilupakan apabila The…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea cemas sebelum tewaskan Brighton 4-3

PENGEMBARAAN Xabi Alonso bersama Chelsea bermula dengan cukup menghiburkan apabila The Blues menewaskan Brighton & Hove Albion 4-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, malam tadi. Kemenangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis