Mabuk punca dua lelaki bergaduh, guna senjata tajam di Tawau

TAWAU – Polis mengesahkan pergaduhan antara dua buruh kasar menggunakan senjata tajam di hadapan Pasar Raya Rastamas, di sini, pada Ahad berpunca daripada pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, polis menerima panggilan berhubung insiden itu pukul 3.43 petang.

“Kedua-dua mangsa mengenali antara satu sama lain dan pada pukul 5 petang, suspek tanpa dokumen pengenalan berumur 37 tahun diberkas untuk siasatan.

“Turut dirampas senjata yang disyaki diguna dalam pergaduhan tersebut,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.

Menurut Jasmin, suspek disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.

Pada Ahad, tular rakaman video berdurasi 10 saat dan gambar mangsa terbaring di hadapan sebuah pasar raya dengan keadaan ngeri dipercayai ditikam rakannya.

Rakaman video berkenaan memaparkan mangsa masih sedarkan diri sebelum mendapatkan rawatan daripada petugas kesihatan.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit