KPA tanda pengiktirafan komitmen, keupayaan pengamal media Sabah

KOTA KINABALU – Penganjuran Kinabalu Press Awards (KPA) oleh Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan rakan penaja lain merupakan tanda pengiktirafan kepada komitmen dan keupayaan para pengamal media.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan peranan penting media.

“Malah majlis ini juga mampu menjadi platform terbaik bagi mendorong para pengamal media untuk lebih bersemangat fokus dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan yang lebih telus serta beretika.

“Sehubungan dengan itu kerajaan tidak pernah mengabaikan peranan penting media dengan memberikan sokongan berterusan kepada majlis KPA melalui sumbangan dari segi tajaan kewangan,” katanya.

Teks ucapan perasmiannya dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai di sini pada Ahad.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan penaja lain seperti Petronas, Shell dan Sabah Maju Jaya (SMJ) Energi yang turut memainkan peranan besar dalam menjayakan majlis berprestij itu.

Jelasnya, jumlah tajaan oleh Kerajaan Negeri bagi penganjuran majlis KPA menunjukkan peningkatan setiap tahun.

“Untuk makluman setiap tahun jumlah tajaan daripada Kerajaan Negeri terus meningkat untuk penganjuran KPA.

“Peningkatan itu adalah bukti bahawa kerajaan akan sentiasa meneliti permintaan daripada pihak kesatuan media Sabah,” ujarnya.

Tambahnya, media tidak hanya menyampaikan berita, tetapi juga menyampaikan maklumat sahih dan pantas kepada masyarakat sekali gus membantu dalam menyerbarkan maklumat berkaitan dasar-dasar pembangunan kerajaan negeri khususnya dibawah hala tuju SMJ.

Justeru itu, beliau menyeru kepada semua pengamal media agar terus menyebar luaskan maklumat-maklumat di samping menjalankan tugas dengan penuh integriti berlandaskan prinsip kewartawanan yang profesional dan bertanggungjawab.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar