Enam dekad jadi wartawan, pengorbanan Chan luar biasa

KOTA KINABALU – Tidak ramai yang masih mengingati nama Chan Kang Yuan, namun, kini usia 90 tahun, beliau merupakan antara tokoh penting dalam sejarah kewartawanan Sabah, khususnya bagi masyarakat Cina dan generasi pasca-merdeka.

Chan mengabdikan hampir seluruh usia dewasanya dalam bidang kewartawanan, bermula sejak era pemerintahan kolonial British di Borneo Utara, hinggalah kepada pembentukan Malaysia dan pelbagai fasa perubahan politik yang berlaku sepanjang lebih enam dekad dalam kerjayanya.

Beliau memulakan karier kewartawanan pada tahun 1958 sebagai penulis salinan ‘copywriter’ di akhbar Overseas Chinese Daily News (OCDN) dan seterusnya dilantik sebagai wartawan dan kemudian sebagai Ketua Editor bagi edisi Cina Borneo Times, sebuah akhbar yang berpusat di Sandakan.

Sepanjang kerjayanya, Chan melaporkan pelbagai peristiwa penting termasuk proses pembentukan Malaysia pada awal 1960-an. 

Ketika itu, sebagai editor, beliau menyuarakan pandangan agar parti-parti politik di Borneo Utara dibentuk berasaskan prinsip pelbagai kaum tetapi pendirian tersebut bercanggah dengan kehendak beberapa pihak berkepentingan yang mahu Sabah mengikuti jejak politik berasaskan kaum seperti di Semenanjung.

Keberaniannya dalam menegakkan prinsip kewartawanan menyebabkan beliau berdepan tekanan.

Selepas rusuhan 13 Mei 1969 dan pengisytiharan Darurat, kerajaan mengenakan penapisan ketat terhadap laporan berkaitan politik. 

Chan dan Borneo Times terus menyiarkan laporan yang dianggap melanggar peraturan penapisan, yang akhirnya menyebabkan beliau ditahan di Penjara Kepayan selama 18 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi Chan tidak pernah menganggap dirinya bersalah. 

Beliau tetap mempertahankan bahawa laporan yang diterbitkan adalah bersifat fakta dan tidak mempunyai sebarang unsur hasutan atau niat mencabar undang-undang penapisan pada masa itu.

Selepas dibebaskan, beliau kembali ke meja berita sebagai Ketua Editor Borneo Times yang kemudiannya bergabung dengan Sandakan Jit Pao, apabila beliau turut dilantik sebagai Ketua Editor.

Dalam tahun-tahun berikutnya, Chan menerajui beberapa akhbar utama termasuk sebagai Ketua Editor Merdeka Daily News di Sandakan, sebelum kembali ke Kota Kinabalu pada tahun 1982 untuk mengetuai Sabah Shi Pao, akhbar saudara kepada Sabah Times. 

Beliau terus berkarya dalam dunia kewartawanan menerusi Morning Post dan akhirnya menyertai Asia Times sebagai editor, sebelum bersara pada tahun 2021.

Pada majlis Kinabalu Press Awards (KPA) 2025, Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dengan bangganya mengiktiraf sumbangan beliau dengan penganugerahan Tokoh Wartawan Sabah sebagai penghormatan atas dedikasi, integriti dan keberaniannya dalam memperjuangkan prinsip kewartawanan yang bertanggungjawab.

Pengorbanan dan keteguhan Chan Kang Yuan dalam memperjuangkan suara rakyat serta ketelusan berita menjadikan beliau bukan sekadar seorang wartawan, tetapi figura penting dalam sejarah kewartawanan Sabah.

Penghargaan tersebut disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai dan Presiden SJA, Mariah Doksil, sempena Kinabalu Press Award di Magellan Sutera Harbour, di sini pada Ahad.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok