Anugerah Lagu SABAHVfm angkat martabat seni etnik tempatan

KOTA KINABALU – Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah menganjurkan Anugerah Lagu SABAHVfm, sebuah program berprestij yang bertujuan mengangkat martabat lagu-lagu etnik Sabah serta menggalakkan penghasilan karya seni baharu.

Timbalan Pengarahnya, Cyril Simon berkata, program dwitahunan ini merupakan antara program utama siaran radio RTM Sabah di bawah stesen SABAHVfm, yang menghimpunkan carta lagu daripada empat etnik utama di Sabah iaitu Kadazan, Bajau, Murut dan Dusun.

“Anugerah Lagu SABAHVfm 2025 bertujuan mempromosikan rancangan terbitan SABAHVfm, menggalakkan penciptaan lagu baharu dalam bahasa etnik, mengeratkan hubungan antara artis tempatan Sabah dan juruhebah SABAHVfm, serta memartabatkan bahasa etnik di Sabah,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Beliau berkata, program tersebut akan dipersembahkan dalam bentuk hiburan pentas yang diiringi oleh gabungan pemuzik Orkestra Angkasapuri dan Kombo RTM Sabah.

Menurutnya, sebanyak 12 lagu terbaik mewakili empat etnik utama terpilih untuk bersaing merebut gelaran juara, selepas melalui proses penilaian ketat oleh panel RTM Sabah berdasarkan kualiti vokal, tempoh dan susunan muzik.

“Edisi kali ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM48,000. 

“Juara Anugerah Lagu SABAHVfm 2025 akan menerima RM6,000.

“Anugerah Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan Penulis Lirik Terbaik masing-masing membawa pulang RM2,000,” katanya.

Tambah beliau, juara bagi setiap kategori etnik Kadazan, Bajau, Murut dan Dusun akan menerima RM4,000, naib juara RM3,000 dan tempat ketiga RM2,000.

“Jangkaan lebih 5,000 pengunjung akan hadir menyaksikan acara berprestij itu yang dijadual berlangsung pada 10 Julai depan, pukul 8.30 malam di Dewan Hongkod Koisaan KDCA.

“Bagi yang tidak berpeluang hadir secara fizikal, program ini akan disiarkan secara langsung menerusi aplikasi RTM Klik, Facebook rasmi RTM Sabah dan SABAHVfm, serta ke udara serentak di empat stesen radio iaitu SABAHfm, TAWAUfm, SANDAKANfm dan KENINGAUfm,” katanya lagi. 

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan