Tema ‘Membangun Ummah MADANI’ lambang transformasi hijrah Rasulullah SAW

KOTA KINABALU – Pemilihan tema ‘Membangun Ummah MADANI’ sempena sambutan Ma’al Hijrah 1447H disifatkan bermakna dan relevan dengan realiti semasa umat islam serta menjadi lambang kepada transformasi hjirah Rasulullah SAW.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman berkata, pemilihan tema tersebut bukan sekadar slogan, malah ia merupakan manifestasi daripada peristiwa hijrah agung Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, yang menjadi titik tolak kepada perubahan besar dalam sejarah Islam.

“Tema tersebut merupakan manifestasi daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW.

“Ia bukanlah sekadar perpindahan secara fizikal dari Makkah ke Madinah, akan tetapi satu transformasi menyeluruh, dari kelemahan kepada kekuatan, dari kejahilan kepada ilmu pengetahuan dan dari perpecahan kepada kesatuan.

“Itulah simbol perubahan yang terancang dengan strategi mantap, yang menjadi asas kepada kemunculan tamadun Islam yang gemilang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah Tahun 1447H/2025, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini pada Jumaat.

Tambahnya, dalam usaha untuk mara ke hadapan, umat Islam tidak boleh meninggalkan nilai dan prinsip Islam yang telah diwarisi oleh baginda Rasulullah SAW.

“Umat Islam mesti merancang dan membina masa hadapan dengan lebih sempurna dan bukannya meniru tamadun lain.

“Kita hendaklah membina masa hadapan dengan membawa roh Islam ke dalam setiap bidang keilmuan, pendidikan, kepimpinan, ekonomi serta pembangunan insan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Tun Musa turut berpesan agar tahun baharu ini dijadikan medan menetapkan halatuju umat Islam, bermula dari diri sendiri hingga ke peringkat negara, demi melahirkan generasi celik teknologi, berbudi pekerti dan berakhlak mulia.

“Umat Islam seharusnya bukan hanya pandai berbahas, akan tetapi berupaya untuk beramal dan pandai mencari yang hak, serta sanggup memikul tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya.

Pada majlis itu, Tun Musa turut berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah bagi kategori lelaki dan wanita kepada Datuk Amir Kahar Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Datin Seri Nursuhadah Basah.

Sementara itu, Anugerah Khas Al-Furqan diberikan kepada Muhammad Khayruddin Zakwan Jaimis atas pencapaian cemerlang dalam bidang keagamaan.

Bagi Anugerah Pengurusan Terbaik Taman Perkuburan Ar-Raudhah, Johan dimenangi oleh Taman Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Batu 11, Sandakan, manakala Naib Johan disandang oleh Taman Perkuburan Islam Pekan Menumbok.

Turut disampaikan bagi kategori Anugerah Pengurusan Terbaik Surau bagi Kementerian, Jabatan dan Swasta, Surau Perkasa Hotel, Keningau diumumkan sebagai Johan, sementara Surau The Palace Hotel, Kota Kinabalu menerima anugerah Naib Johan.

Sebagai rekod, seramai 5,000 peserta hadir sama bagi menghayati majlis bermakna itu.

Related Posts

Pantang larang untuk mereka yang melakukan ibadah korban

KUANTAN – Khusus bagi mereka yang bakal melakukan ibadah korban, terdapat beberapa pantang larang tertentu sewajarnya tidak dilakukan sementara menunggu hari berkenaan. Antaranya termasuk tidak boleh memotong kuku, rambut mahupun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mencadangkan agar Pakatan Harapan di Negeri Sembilan turut mengambil pendekatan agresif dengan bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pantang larang untuk mereka yang melakukan ibadah korban

Pantang larang untuk mereka yang melakukan ibadah korban

Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN

Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 bakal manfaatkan tanah terbiar

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 bakal manfaatkan tanah terbiar

47 mangsa banjir air pasang besar Kg Huma ditempatkan di PPS

47 mangsa banjir air pasang besar Kg Huma ditempatkan di PPS

Projek E-ART RM10 bilion diluluskan, pemangkin sistem mobiliti awam negeri Johor

Projek E-ART RM10 bilion diluluskan, pemangkin sistem mobiliti awam negeri Johor

Bantuan SKAS: ADUN Pending syor wujud mekanisme rayuan tangani isu keciciran

Bantuan SKAS: ADUN Pending syor wujud mekanisme rayuan tangani isu keciciran