Hijrah asas perpaduan ummah bagi hadapi cabaran global – Hajiji

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru umat Islam agar menjadikan semangat hijrah sebagai asas memperkukuh perpaduan dan keazaman untuk menghadapi cabaran baharu yang semakin kompleks dalam dunia serba mencabar.

Katanya, ketidakstabilan global dan kemelut geopolitik antarabangsa yang sedang melanda beberapa wilayah di Timur Tengah termasuk Gaza, Iran, Lubnan dan Syria bukan sekadar isu serantau, tetapi memberi kesan besar terhadap kestabilan politik antarabangsa dan kesejahteraan ummah sejagat.

“Peperangan berterusan dan serangan tentera Zionis Israel ke atas wilayah Islam bukan saja melanggar undang-undang antarabangsa, malah mencabuli hak asasi manusia secara terang-terangan.

“Ini bukan isu kecil. Ia mampu mengubah sejarah dan geopolitik dunia,” katanya semasa berucap dalam Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1447H/2025M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Jumaat.

Tegasnya, umat Islam tidak boleh berpeluk tubuh dalam menghadapi cabaran baharu seperti ancaman Islamofobia, krisis kemanusiaan serta tekanan ekonomi dunia yang semakin memburuk akibat agenda ‘Order Dunia Baharu’ (New World Order) yang didorong kuasa besar barat.

“Kita sedang berhadapan dengan cabaran terhadap tamadun ummah yang menuntut kesatuan, keimanan yang jitu, kekuatan dalaman dan iltizam kolektif. Kita tidak boleh lemah, berpecah atau hanya memandang dari jauh,” katanya.

Hajiji berkata, semangat hijrah yang dibawa Rasulullah SAW perlu dijadikan pedoman dalam membina masyarakat MADANI iaitu masyarakat yang berteraskan keimanan, ilmu, akhlak, keadilan dan kemanusiaan.

Menurutnya lagi, membangun Ummah MADANI tidak akan berjaya tanpa perubahan sikap dan kesanggupan melakukan penghijrahan nilai daripada lemah kepada kuat, daripada mundur kepada maju, daripada berpecah kepada bersatu.

“Hijrah itu perjuangan. Dan setiap perjuangan perlu ada pengorbanan. Sama ada dari sudut sikap, masa, tenaga, wang ringgit atau prinsip. Inilah semangat yang harus dihayati dalam menelusuri tahun baharu Hijrah 1447 ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut menyeru seluruh rakyat agar berhijrah menguasai ilmu dan teknologi, membudayakan inovasi serta memperkukuh perpaduan dan amal kebajikan demi kesejahteraan ummah secara menyeluruh.

Beliau juga mengajak rakyat memperteguh tekad dan azam tahun baharu Hijrah dengan menjadikan perubahan sebagai satu budaya yang mendasari kejayaan diri, keluarga, masyarakat dan negeri.

“Sambutan Maal Hijrah bukan sekadar memperingati sejarah, tetapi harus menjadi pemangkin perubahan dan pembaharuan menuju kecemerlangan.

“Bersama kita hayati semangat hijrah dan jayakan pembangunan ummah secara inklusif dan menyeluruh,” ujarnya.

Related Posts

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

IPOH – Perak menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini melancarkan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI, inisiatif berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

ALOR SETAR – Tiga sekeluarga termasuk dua pengarah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang