RM1.65 juta diluluskan untuk pembangunan sekolah di Kabong

KABONG – Sebanyak RM1.65 juta diperuntukkan menerusi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) untuk melaksanakan tiga projek pembangunan infrastruktur pendidikan di kawasan Kabong.

Projek tersebut melibatkan pembinaan blok dua tingkat dan tempat menunggu berbumbung di SJKC Chung Hua Kabong, naik taraf dewan terbuka di SMK Kabong, serta pembinaan pagar baharu di SK Engkabang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir berkata, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Sarawak untuk memperkukuh infrastruktur pendidikan di luar bandar dan memastikan kesamarataan kemudahan asas untuk semua lapisan masyarakat.

“Saya akan terus memantau pelaksanaan projek-projek ini agar dapat disiapkan mengikut jadual dan piawaian yang ditetapkan,” katanya selepas menghadiri Taklimat Projek Pembangunan Infrastruktur Sekolah di bawah BDDA bagi DUN Kabong, hari ini.

Tambahnya, beliau berharap ia akan memberi manfaat besar kepada komuniti pendidikan, terutamanya murid dan guru.

Taklimat tersebut turut dihadiri wakil agensi berkaitan, termasuk BDDA, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong, Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Saratok, serta pihak pengurusan SJKC Chung Hua Kabong.

Langkah ini, menurut Mohd Chee, mencerminkan keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih baik di kawasan luar bandar, sekaligus menyumbang kepada pembangunan pendidikan negeri secara menyeluruh.

Foto: Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong

Related Posts

Projek E-ART RM10 bilion diluluskan, pemangkin sistem mobiliti awam negeri Johor

JOHOR BAHRU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda pembangunan pengangkutan awam negara apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan kelulusan rasmi projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) di Johor…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu sahabat Rasulullah dan UEC: Antara prinsip, politik dan hipokrasi

KONTROVERSI yang melibatkan kenyataan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ahli Parlimen Pasir Putih baru-baru ini kembali membuka perbahasan besar dalam masyarakat iaitu sejauh mana sesebuah kelompok benar-benar mempertahankan agama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek E-ART RM10 bilion diluluskan, pemangkin sistem mobiliti awam negeri Johor

Projek E-ART RM10 bilion diluluskan, pemangkin sistem mobiliti awam negeri Johor

Bantuan SKAS: ADUN Pending syor wujud mekanisme rayuan tangani isu keciciran

Bantuan SKAS: ADUN Pending syor wujud mekanisme rayuan tangani isu keciciran

Isu sahabat Rasulullah dan UEC: Antara prinsip, politik dan hipokrasi

Isu sahabat Rasulullah dan UEC: Antara prinsip, politik dan hipokrasi

Julung kali libatkan OKU pekak, Duta KUA Perak 2026 perkasa kesedaran penggunaan ubat selamat

Julung kali libatkan OKU pekak, Duta KUA Perak 2026 perkasa kesedaran penggunaan ubat selamat

MBOR iktiraf misi keliling dunia Jack Voon guna Kenari

MBOR iktiraf misi keliling dunia Jack Voon guna Kenari

PH Johor yakin tawan semula negeri, sasar tewaskan BN kali kedua

PH Johor yakin tawan semula negeri, sasar tewaskan BN kali kedua