Beli emas tak kena SST

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI bersetuju untuk pembelian emas tidak akan dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, perkara itu diputuskan disebabkan pelaburan, budaya, ekonomi, di samping mengelakkan peningkatan beban kepada rakyat dan perniagaan.

“Jongkong emas dan barang kemas sering dianggap sebagai alat pelaburan atau simpanan.

“Dari segi budaya, emas memainkan peranan penting dalam pelbagai komuniti, sering dijadikan hadiah simbolik atau pemberian semasa peristiwa penting dalam kehidupan seperti kelahiran anak atau perkahwinan,” katanya.

Johan berkata demikian semasa sesi siaran langsung Kementerian Kewangan di TikTok bertajuk “SST Naik, Semua Harga Pun Naik?”, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Johan berkata, sesetengah perniagaan juga menggunakan emas sebagai cagaran untuk mendapatkan dana operasi, seperti aliran tunai atau pinjaman.

“Walaupun ada yang melihat emas sebagai barangan pengguna bernilai tinggi, kerajaan telah memutuskan untuk mengekalkan kadar cukai sifar.

“Jadi, walaupun anda masuk ke kedai barang kemas untuk membeli rantai emas atau barang seumpamanya, tiada cukai akan dikenakan,” katanya.

Dalam pada itu, Johan memaklumkan, kerajaan juga tidak akan mengenakan cukai ke atas epal dan oren, yang kini menjadi buah-buahan pilihan utama bagi rakyat Malaysia.

“Walaupun epal dan oren tidak sesuai ditanam di Malaysia, ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.
Contohnya, semasa Tahun Baru Cina atau Hari Raya, permintaan terhadap buah-buahan ini sangat tinggi, justeru pengecualian cukai diberikan.

“Buah-buahan tempatan seperti pisang mas tidak akan dikenakan cukai, manakala buah-buahan import seperti strawberi, blueberry, dan avokado yang dianggap sebagai “barangan terpilih” akan terus dikenakan cukai. Jadi, kos pisang goreng kita tidak akan naik. Tetapi kalau guna pisang import, ia akan dikenakan cukai,” katanya.

Menurut Johan, sejak kerajaan mengumumkan peluasan skop SST, pihaknya telah menerima maklum balas positif daripada orang ramai yang menyokong langkah tersebut susulan membantu menggalakkan penanaman dan pembangunan buah-buahan tempatan.

“Ambil contoh pisang — kita yakin pengeluaran tempatan mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran.

“Berdasarkan statistik, 90% daripada pisang yang dimakan oleh rakyat Malaysia adalah dari sumber tempatan, manakala hanya 10% diimport.

“Kita harus terus menyokong pisang tempatan kerana pisang mas bukan sahaja lebih sedap, tetapi juga lebih murah dan mudah diperoleh,” katanya.

Johan turut menjelaskan bahawa kerajaan memilih untuk mengekalkan sistem SST berbanding memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi mengurangkan beban cukai kepada rakyat.

Katanya, walaupun GST merupakan sistem yang lebih cekap kerana merangkumi hampir semua barangan dan perkhidmatan, ia akhirnya memberikan beban lebih besar kepada pengguna.

“GST berkesan untuk kutipan hasil kerana ia meliputi keseluruhan ekonomi. Namun, beban cukai akhir ditanggung sepenuhnya oleh rakyat, kerana perniagaan boleh menuntut semula input GST mereka, tetapi pengguna akhir tidak boleh berbuat demikian.

“Walaupun SST mungkin kurang menyeluruh, katanya, ia memberikan tekanan kewangan yang lebih rendah kepada rakyat selain kerajaan menyasarkan kutipan tambahan sebanyak RM10 bilion melalui SST.

“SST telah wujud sejak tahun 1970-an, jadi ia lebih dikenali dan mudah dilaksanakan.

“Ia menyasarkan perniagaan berbanding barangan keperluan, sekali gus mengurangkan impak kewangan kepada pengguna,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok