Tiga kementerian terima pengiktirafan atas kejayaan laksana reformasi birokrasi

KEMENTERIAN Komunikasi merupakan antara tiga kementerian yang menerima sijil penghargaan khas atas kejayaan melaksanakan reformasi kerenah birokrasi, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menurut beliau, kementerian tersebut berjaya mempercepat proses kelulusan skrip filem asing daripada 30 hari kepada hanya tujuh hari, sekali gus menjimatkan kos beban peraturan sebanyak RM2.4 juta bagi setiap produksi.

“Ini sekali gus memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi pilihan penggambaran antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi beliau.

Sijil penghargaan tersebut telah disampaikan oleh Shamsul Azri kepada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dalam satu majlis khas di Putrajaya.

Sementara itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut diiktiraf atas reformasi menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berjaya mempercepatkan kelulusan Perakuan Pelan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) daripada 28 hari kepada tiga hari.

JBPM juga mempercepatkan proses kelulusan perakuan pelan teknikal tidak bersistem daripada 30 hari kepada tujuh hari, dengan penjimatan kos dan beban peraturan tahunan dianggarkan sebanyak RM1.776 juta.

Penjimatan ini dicapai melalui pengurangan prosedur serta pemerkasaan sistem e-Premis dan pembangunan bank data raya.

Dalam pada itu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mencatat kejayaan mengurangkan halangan dalam pembiayaan sektor aeroangkasa, yang memberi manfaat kepada 50 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan penjimatan beban berjumlah RM17 juta.

“Margin keuntungan kasar naik melebihi 20 peratus melalui automasi dan pensijilan sekali gus mengukuhkan rantaian bekalan dan penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Reformasi diperhebat, penambahbaikan dipergiat,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar