Penganjur Pesta Kaamatan hargai peranan, sumbangan media

KOTA KINABALU – Peranan dan sumbangan media dalam menyampaikan maklumat sepanjang sambutan Pesta Kaamatan, sekali gus memartabatkan budaya masyarakat Sabah, diberi penghargaan melalui penganjuran Majlis Apresiasi Kaamatan: A Tribute to the Press.

Majlis ini merupakan simbol pengiktirafan terhadap komitmen pengamal media yang bukan sahaja melaporkan acara secara meluas, malah turut memainkan peranan penting dalam mengangkat nilai warisan dan identiti etnik di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Jeffrey G. Kitingan berkata, pihaknya menghargai dan berterima kasih kepada semua media dalam menjayakan Pesta Kaamatan terutama dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat.

“Jawatankuasa Kaamatan 2025 sangat-sangat menghargai komitmen dan peranan media di dalam menyebarkan dan menyampaikan pesta ini.

“Ia bukan sahaja kepada rakyat Sabah, rakyat Malaysia tapi di seluruh dunia,” katanya ketika berucap sempena Majlis Apresiasi Kaamatan, di Shangri-La Tanjung Aru Resort, di sini pada Rabu.

Jelasnya, tanpa media tentu pihaknya tidak dapat menyebarkan dan menyampaikan mesej kepada rakyat tentang pesta tersebut.

“Saya difahamkan media kita menyampaikan maklumat ini kepada hampir 8 juta manusia.

“Syabas dan tahniah kepada media, tanpa media kita tidak dapat menyebarkannya sebaik mereka, sebab itu kita mengadakan majlis apresiasi ini.

“Itu benda yang saya ingin sampaikan, kami menghargai jasa dan berterima kasih kepada semua media,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Leonard Stephen Poyong dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Kaamatan 2025, Datuk Suman Yasambun.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali