SK Pandan cipta sejarah, muncul juara nasyid kategori sekolah rendah

RAUB – Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan dari Kuantan, mencipta sejarah tersendiri apabila buat kali pertama muncul johan bagi kategori sekolah rendah dalam pertandingan nasyid sempena Festival Nasyid, Khat dan Nasyid KAFOA Peringkat Pahang di Kompleks Rakan Muda Raub, dekat sini, hari ini.

Kejayaan SK Pandan itu menyaksikan kumpulan nasyid sekolah berkenaan akan mewakili negeri Pahang bagi pertandingan nasyid peringkat Kebangsaan yang dijadualkan hujung bulan Julai ini.

Festival yang berlangsung sejak semalam itu dirasmikan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal.

Fadzli yang juga ADUN Dong dalam ucapannya berharap semua pasukan yang menyertai festival itu dapat menghayati antara cabang dalam kesenian Islam.

Beliau turut meminta peserta yang berjaya pada festival itu dapat mengharumkan nama negeri Pahang dalam pertandingan peringkat Kebangsaan kelak.

“Kalah atau menang, yang penting pengalaman dan nilai yang kita semua para peserta perolehi sepanjang festival ini berlangsung.

“Kerajaan Pahang sentiasa menyokong usaha sebegini dan kita akan memberikan sokongan kepada pasukan yang berjaya untuk mewakili negeri Pahang.

“Bagi yang tidak berjaya, saya harap ia tidak mematahkan semangat untuk terus mencipta kejayaan pada masa akan datang,” katanya.

Selain SK Pandan yang akan mewakili Pahang bagi kategori sekolah rendah, pasukan nasyid dari Pekan muncul juara untuk mewakili negeri Pahang bagi kategori sekolah menengah.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM