Gencatan senjata Iran-Israel bukan penamat ancaman makanan dunia, negara

NAIB Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar menyambut baik pengumuman gencatan senjata antara Israel dan Iran yang menjadi perkembangan positif selepas ketegangan yang meruncing di rantau Timur Tengah.

Namun demikian, gencatan senjata tidak serta-merta menghapuskan kesan-kesan ekonomi dan geopolitik yang telah pun tercetus – khususnya terhadap keterjaminan makanan negara-negara di dunia khususnya Malaysia.

Menurutnya, perang 12 hari yang telah berlaku itu telah menggugat laluan perdagangan global seperti Selat Hormuz dan akan mendorong kenaikan mendadak harga minyak, baja dan bahan makanan.

“Pasaran dunia masih dalam ketidaktentuan yang akan memberi kesan rantaian bekalan makanan dunia khususnya Malaysia.

“Sebagai negara yang masih mengimport lebih RM60 bilion makanan setahun, Malaysia tetap terdedah kepada risiko gangguan makanan dan kenaikan harga barang, walaupun letupan peluru berpandu sudah tidak kedengaran,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya lagi, kesan kenaikan harga ini akan membebankan petani, penternak, dan pengguna, seterusnya boleh mencetuskan ketidakstabilan ekonomi dan sosial dalam negara.

Justeru, beliau menggesa kerajaan segera menyemak semula Dasar Sekuriti Makanan Negara.

“Kerajaan perlu segera menyemak semula Dasar Sekuriti Makanan Negara, agar lebih berdaya tahan terhadap krisis global dan pergantungan luar.

“Sokongan segera serta motivasi dan bimbingan kepada petani, penternak dan nelayan perlu ditambah bagi meningkatkan hasil untuk mengurangkan kebergantungan kepada import.

“Begitu juga subsidi bersasar kepada petani dan penternak bagi membantu mereka kekal berdaya saing walaupun kos input meningkat,” jelasnya.

Menurutnya lagi, Sidang Khas Parlimen perlu diadakan untuk membincangkan kesan konflik perang antara Israel dan Iran serta pelan jangka pendek dan panjang bagi memastikan keterjaminan makanan rakyat Malaysia.

“Kita tidak boleh leka dengan gencatan senjata. Perang mungkin berhenti, tetapi kesannya masih hidup. Sekiranya kita lalai, krisis makanan boleh menjadi lebih parah daripada konflik itu sendiri.

“Kita tidak boleh menang perang masa depan dengan strategi masa lalu. Sekuriti makanan adalah kedaulatan negara,” katanya.

Related Posts

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

KUALA LUMPUR – Dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Kerajaan Perpaduan telah disepakati namun ditukar Kerajaan MADANI tanpa pengetahuan parti itu membuktikan UMNO sedang melakukan repositioning politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan