KDEB sudah selesai 13,000 saman, ada pemandu tidak bertanggungjawab

PUTRAJAYA – Tindakan pemandu lori menyembunyikan saman dikeluarkan terhadap mereka menjadi antara punca KDEB Waste Management Sdn Bhd menanggung 22,017 saman aktif seperti yang didedahkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Pengarah Urusan KDEB, Datuk Ramli Mohd. Tahir berkata, saman yang dikenakan ke atas kenderaan milik mereka sepatutnya ditanggung oleh syarikat-syarikat subkontraktor yang mengendalikan majoriti kenderaan KDEBWM.

Menurutnya, setiap subkontraktor bertanggungjawab terhadap sebarang saman yang dikeluarkan terhadap kenderaan atau pemandu di bawah kendalian mereka.

“Walau bagaimanapun, kami mengakui berlaku kelemahan dalam penyampaian maklumat oleh sebilangan kecil subkontraktor yang menyebabkan pemakluman saman tidak sampai kepada pihak kami dalam tempoh ditetapkan.

“Berdasarkan prosedur JPJ, saman yang tidak dijelaskan dalam masa tiga bulan, notis akan dikeluarkan kepada pemilik berdaftar iaitu KDEBWM dengan tambahan dua bulan lagi untuk penyelesaian,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini mendedahkan, sebanyak 11 syarikat pengendali kenderaan barangan dikenal pasti mempunyai lebih 1,000 saman tertunggak termasuk 17 syarikat bas ekspres yang mencatatkan lebih 200 saman.

Berdasarkan statistik dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan, syarikat pengendali kenderaan barangan, KDEBWM mencatatkan saman aktif tertinggi berjumlah 22,017 diikuti Mainiza Mantap Sdn. Bhd .(5,108); Advancecon Machinery Sdn. Bhd. (3,620); VK Transport Sdn. Bhd. (3,016) dan Ng Swee Aik Trading Sdn. Bhd. (2,352).

Dalam pada itu, Ramli berkata, pihaknya sudah menyelesaikan 13,000 saman yang dikenakan ke atas lori-lori kompaktor milik mereka secara berperingkat.

Bagaimanapun, KDEBWM dalam kenyataan sama turut menjelaskan saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu perlu diteliti secara holistik.

“Sebagai contoh sekarang dua saman bagi sebuah lori sehari boleh menjana hampir 3,000 saman dalam sebulan atau lebih 9,000 tan dalam setahun.

“Sebaik sahaja menerima pemakluman, KDEBWM mengambil tindakan segera dengan membuat semakan dalam menyelesaikan saman secara berperingkat.

“KDEBWM amat menghargai peranan dan tanggungjawab JPJ dalam memastikan keselamatan jalan raya. Kami juga menyatakan komitmen penuh untuk memperkukuh sistem pemantauan dalaman, memperkemas komunikasi dengan subkontraktor serta memastikan pematuhan undang-undang jalan raya dilaksanakan secara konsisten dan berintegriti,” katanya.

Menurutnya, sebagai syarikat yang menguruskan pengendalian sisa pepejal dan pembersihan awam terbesar di Malaysia, KDEBWM mengoperasikan lebih 1,500 unit kenderaan termasuk lori kompaktor, roll-on roll-off (roro) di seluruh negeri.

“Operasi dijalankan setiap hari tanpa henti, termasuk hujung minggu dan cuti umum bagi memastikan tahap kebersihan dan perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar